Apabila lisan biasa memaki hamun, mata atau telinga selalu melihat yang haram, lama-kelamaan akan tercabut rasa bersalah. Malah kadangkala menimbulkan ketagihan pada dosa sehingga sukar ditinggalkan. Solusi kepada normalisasi dosa hanyalah dapat dibasmi dengan normalisasi pahala. Biarlah trend yang tular adalah perkara berpahala dan bermanfaat.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Lisan Yang Berhikmah
Lisan kita merupakan anugerah Allah SWT yang sangat berharga. Dengannya, kita mampu mengucapkan kalimah syahadah, berzikir, menyampaikan ilmu dan kebenaran. Namun pada masa yang sama, lisan juga boleh menjadi punca kehancuran diri sendiri dan orang lain.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Solat Azimat Keramat
Solat menjadi tonggak utama kepada seluruh ibadah lain dan mesti dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Solat bukan sekadar kewajipan dan tanggungjawab, ianya penguat jiwa insan dalam menghadapi cabaran kehidupan. Namun, amat menyedihkan apabila masih ramai dalam kalangan umat Islam yang mengabaikan solat atau mendirikannya secara sambil lewa, tanpa ilmu dan tidak sempurna.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Syawal Dirai, Ukhuwah Dipeduli
Memeriahkan sambutan Syawal memberikan kita peluang yang besar untuk memperkukuhkan silaturahim bersama keluarga, jiran tetangga, dan rakan taulan. Oleh itu, sambutan secara berperingkat dalam tempoh sebulan ini selari dengan semangat Islam yang meraikan kepelbagaian dan memudahkan urusan umatnya.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Istiqamah Penyubur Jiwa Kehambaan
Nilai sebenar iman kita ialah istiqamah dalam ketaatan. Sedarlah, jika kita bersungguh-sungguh beribadah kerana Allah SWT bukan hanya kerana Ramadan, sudah pasti kesan tarbiah dan ibadah di bulan berkat itu dapat kita raih. Kesungguhan beramal tidak seharusnya terhenti dengan berakhirnya Ramadan, bahkan ia mesti berkesinambungan sepanjang masa selagi hayat dikandung badan.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Muhasabah Keinsafan Di Penghujung Ramadan
Ukuran sebenar kejayaan Ramadan bukan pada jumlah solat atau sedekah kita. Ramadan hadir untuk membentuk jiwa hamba di dalam diri dan kekal menjadi hamba Allah meskipun selepas Ramadan berakhir. Jika selepas Ramadan kita kembali kepada kelalaian, maka di manakah nilai sebenar Ramadan kita?
Teks Khutbah Jumaat (WP): Lailatulqadar, Dambaan Para Abrar
Peluang memburu Lailatulqadar hanya datang sekali setahun. Ganjaran gandaan pahala beribadah 1,000 bulan ini tidak wajar dilepaskan. 1,000 bulan yang bernisbah selama 83 tahun 4 bulan, satu tempoh masa beribadah yang cukup panjang! Marilah kita melakukan amalan untuk menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan dan memburu Lailatulqadar.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Zakat Dan Al-Quran Menjana Kesejahteraan
Antara peristiwa agung yang berlaku dalam bulan Ramadan ialah Nuzul al-Quran iaitu turunnya al-Quran. Sebuah kitab yang penuh barakah dan menyeru agar manusia mengikutinya untuk mencapai kejayaan dan rahmat Allah SWT. Islam juga mewajibkan zakat fitrah ke atas umatnya dengan hikmah dan tujuan yang tersendiri. Ingatlah bahawa ibadah puasa Ramadan yang kita laksanakan adalah tidak lengkap sekiranya kewajipan zakat fitrah tidak ditunaikan.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Bagaimana Seharusnya Menjalani Ramadan
Ramadan adalah anugerah istimewa yang diberikan oleh Allah untuk melahirkan insan yang bertakwa. Ia begitu mulia kerana perintah puasa di dalamnya. Justeru suburkan iman dan rebutlah peluang yang terhidang di depan mata, selagi kita memiliki masa.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Sambutlah Ramadan Dengan Kesyukuran
Ramadan bukan bulan biasa yang dilalui sekadar rutin. Ramadan adalah bulan kemuncak ibadah yang dipersiapkan sebelum dan diteruskan selepasnya. Contohilah Rasulullah SAW, Baginda tidak hanya menunggu, namun menanti dengan doa dan harapan, bersiap-siap dengan hati penuh rindu serta kesyukuran.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Lunaskan Hutang, Pemborosan Ditentang
Pada hari yang berbahagia ini, marilah kita renungkan satu isu besar yang sering dipandang ringan oleh masyarakat. Ia amat memberi kesan kepada kehidupan di dunia bahkan menjadi penentu nasib kita di akhirat. Satu amanah yang tidak terhapus dengan solat, puasa atau jihad. Itulah hutang.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Nisfu Syaaban, Persiapan Menyambut Ramadan
Hari ini kita telah memasuki hari yang ke-15 Syaaban. Inilah hari yang dikenali sebagai Nisfu Syaaban. Ini bermakna, berbaki dua minggu sahaja lagi kita akan memasuki bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Menurut Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisi, malam dan siang hari Nisfu Syaaban merupakan dua waktu yang mempunyai kelebihan. Kita digalakkan untuk menghidupkan malam dan siang hari ini dengan ibadah.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Pembelaan Palestin, Menuntut Prihatin
Gencatan senjata telah menyaksikan hampir 2 juta penduduk Palestin sudah mula bergerak ke utara Gaza, pulang ke kediaman mereka yang sudah musnah dibedil rejim Zionis. Sesungguhnya mereka perlukan bantuan dan sokongan untuk bangkit semula meneruskan kehidupan, sedang ia tawaran besar daripada Allah SWT buat kita semua. Malu kita di hadapan Allah apabila saudara-saudara kita dizalimi sedemikian rupa tanpa kita dapat melakukan apa-apa. Diulit keamanan dan keselesaan usahlah kita lupa pada saudara kita di sana. Kerana sesungguhnya kita punya tanggungjawab untuk membantu dan membela saudara seagama. Tuntutan ukhuwah Islamiah tidak pernah mengenal batas-batas negara dan bangsa.
Teks Khutbah Jumaat: Suburkan Iman, Cintai Wilayah Persekutuan
Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2025 ini, ayuhlah bersama kita tanamkan rasa cinta dan kasih terhadap bumi bertuah Wilayah Persekutuan ini. Sesungguhnya, cintakan tanah air adalah lambang iman. Lihatlah bagaimana cinta Rasulullah SAW terhadap bumi Mekah sepertimana gambaran hadis riwayat Imam al-Tirmidzi daripada Ibnu Abbas radiallahuanhuma, sabda Baginda yang maksudnya: “Alangkah baiknya dirimu wahai Makkah dan betapa cintanya diriku terhadapmu, seandainya kaumku tidak mengeluarkanku darimu, nescaya aku tidak akan tinggal selain daripadamu.”
Teks Khutbah Jumaat (WP): Menghargai Anugerah Terindah
Solat merupakan anugerah terindah. Untuk menerima syariat solat, Rasulullah SAW diundang menghadap Allah azza wa jalla secara langsung. Bak hamba rakyat yang diundang ke istana, lantaran raja ingin menganugerahkan suatu darjat kebesaran. Seperti Baginda SAW juga, kita manusia memerlukan solat sebagai azimat dalam menghadapi kehidupan di dunia. Dengan solat, si hamba membina ingatan kepada Tuhannya, lalu memperoleh ketenangan jiwa.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Ambil Peduli, Noktahkan Buli!
Buli menjadi satu ancaman yang membimbangkan dalam masyarakat di negara kita kerana perbuatan buli memberi kesan yang amat besar pada diri mangsa, pembuli dan keluarga. Untuk mengatasi gejala buli yang penuh kezaliman ini, lakukan apa yang telah digariskan oleh Islam sebagai jalan penyelesaian.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Noktahkan Buli, Terpelihara Diri
Buli merupakan satu ancaman yang membimbangkan dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini. Ajaran Islam sangat menentang budaya buli kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam yang sangat mengutamakan kasih sayang dan rahmah sesama insan. Bahkan, petunjuk Islam menuntut umatnya untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan saudara-saudara di sekelilingnya.
Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Perbaiki Diri, Demi Redha Ilahi
Pada bulan ini (Rejab), Allah SWT melarang manusia dari melakukan perbuatan zalim, syirik, dosa dan menyeru umat manusia untuk meningkatkan amal kebaikan.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Hidup Bersyukur, Masa Depan Teratur
Tahun 2024 hampir melabuhkan tirainya. Nikmat yang kita terima, ujian yang kita hadapi merupakan sebahagian fitrah dan rencam hidup yang dilalui oleh setiap orang. Nikmat yang diberi oleh Allah bertujuan melihat sama ada kita bersyukur atau sebaliknya. Manakala ujian bertujuan menguji keimanan, kebijaksanaan serta keteguhan semangat kita dalam menghadapi dan mengatasinya.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Muhasabah Menitip Ibrah
Setiap muslim dituntut supaya bermuhasabah terhadap kehidupannya. Dari situ, dia melangkah memperbaiki kesilapan lalu dan bermujahadah agar tidak mengulanginya. Sejajar itu dia terus memperkukuhkan imannya sebagai hamba Allah SWT dengan mempertingkatkan amal dan ketaatan.