9 Doa Indah Untuk Anak-Anak  

Selain menyediakan pemakanan dan pendidikan yang sesuai untuk anak-anak kita, mendoakan mereka juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab ibu bapa. Sesungguhnya doa ibu bapa untuk anaknya dimakbulkan. Berikut adalah beberapa doa yang boleh kita baca untuk anak-anak kita.

Doa Ketika Umur Mencapai 40 Tahun

Berdasarkan amalan salaf serta penjelasan para ulama tafsir, apabila kita mencapai umur 40 tahun, kita dianjurkan untuk membaca doa yang warid dalam ayat 15 surah al-Ahqaf sebagai tanda syukur, insaf dan pengharapan. 

Doa Memohon Keteguhan Iman

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ اِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً ۚاِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.” https://youtube.com/shorts/EP-0_4VMtx8?si=U3sCQM_vvu7rzQMn

Doa Pada Waktu Pagi & Petang

يَاحَيُّ، يَا قَيُّومُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Doa Ketika Menimba Ilmu

Dalam perjalanan mencari dan menimba ilmu, kita mungkin menghadapi kesukaran, cabaran serta halangan. Halangan mental, kekurangan minat atau pelbagai jenis gangguan mungkin menghalang kita daripada meneruskan pembelajaran. Oleh itu, mohonlah pertolongan daripada Allah SWT, bersama-sama dengan niat yang betul dengan harapan usaha kita sentiasa konsisten. 

Blog at WordPress.com.

Up ↑