Adakah Sah Solat Di Atas Sejadah Yang Empuk?

Dalam pasaran hari ini terdapat pelbagai jenis sejadah. Antaranya, ada yang sangat empuk dan lembut sehingga tenggelam dahi apabila sujud. Sesetengah orang berpendapat bahawa ia menambahkan lagi kekhusyukan dalam solat manakala sesetengah berpendapat tidak sah solat kerana tidak tetap dahi. Adakah dibolehkan dan sah solat di atas sejadah yang empuk dan lembut tersebut?

Memahami Solat Sunat Rawatib

Solat sunat rawatib disarankan bagi menyempurnakan segala kekurangan sewaktu mengerjakan solat fardhu, seperti tidak khusyuk atau tidak mentadabbur ayat-ayat yang dibaca. Marilah kita memahami amalan solat sunat ini.

Bacaan Dalam Solat & Terjemahannya

Solat merupakan tiang agama. Menunaikan solat fardu lima waktu sehari adalah termasuk dalam rukun Islam yang lima. Lantas, usaha untuk memahami apa yang dilafazkan di dalam solat adalah salah satu usaha untuk mencapai khusyuk dan harus diusahakan oleh semua umat Islam. Semoga bermanfaat.

Kepentingan Luruskan Saf Dalam Solat Berjemaah

Di bulan Ramadan yang mulia ini, ramai umat Islam hadir di masjid-masjid untuk menunaikan solat fardhu dan solat Tarawih. Alhamdulillah. Namun, terdapat juga kejadian di mana ada jemaah muslimin dan muslimat yang mengambil sikap acuh tak acuh dalam memenuhkan saf serta meluruskan saf. Perkara ini perlu diambil perhatian kerana meluruskan saf itu adalah sunnah Rasulullah SAW dan ianya termasuk di dalam kesempurnaan solat. 

Pesanan Imam Al-Ghazali – Adab Hari Jumaat 

Hari Jumaat adalah hari raya bagi kaum Mukminin. Ia adalah hari mulia yang dikhususkan oleh Allah SWT kepada umat ini. Pada hari ini, ada suatu saat yang tidak diketahui, dimana jika seorang Muslim yang memohom kepada Allah Ta’ala suatu hajat tepat pada waktu itu melainkan Allah akan mengabulkan hal itu buatnya. Ikuti pesanan Imam al-Ghazali mengenai adab hari Jumaat.

Hukum Menangis Ketika Solat

Adakalanya, kita mungkin tersentuh dengan bacaan Imam yang begitu indah sehingga menitiskan airmata. Bagaimana pula jika menangis hingga mengeluarkan suara? Dengarkan jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus ini.

Kenapa Ramai Orang Yang Solat Masih Buat Perkara Mungkar

“Orang sembahyang takkan buat benda keji dan mungkar… tetapi kenapa kini ada orang sembahyang yang masih tikam ekor? Kenapa ada perempuan yang sembahyang tetapi tidak menutup aurat? Kerana sembahyang yang dibuat itu belum tentu berperanan mencegah benda yang keji dan mungkar.” Dengarkan penjelasan lanjut mengenai persoalan ini oleh Almarhum Datuk Ustaz Abu Hassan.

Blog at WordPress.com.

Up ↑