10 Amalan Dijauhi Neraka

Terdapat beberapa amalan yang dapat menjauhkan diri umat Islam daripada dimasukkan ke dalam neraka yang dahsyat. Berikut adalah 10 amalan yang boleh dilakukan umat Islam bagi mengelakkan diri daripada dimasukkan ke dalam neraka berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW. 

Azab Kubur Sebelum Azab Neraka 

Di dalam kubur, dua malaikat akan mendatangi si mati dengan soalan-soalan ini. Siapakah Tuhan kamu? Apakah agamamu? Siapakah lelaki yang diutuskan kepada kamu? Apakah amalan kamu? Soalan-soalan ini tidak dijawab dengan pengetahuan, sebaliknya dengan amalan seseorang.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Cegah HIV Dan AIDS Tanggungjawab Bersama

Mimbar menegaskan bahawa tanggungjawab mengekang penularan HIV ini bukan semata terletak di bahu pihak berwajib tetapi ia juga adalah tanggungjawab setiap anggota masyarakat bermula daripada institusi keluarga, pendidikan, agama dan agensi-agensi lain dalam masyarakat bagi menjayakan segala usaha dan tindakan mencapai negara sifar HIV menjelang tahun 2030.

Hukum Anak Lelaki Dan Perempuan Tidur Sebilik

Saya sudah berkeluarga dan mempunyai dua anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih kecil. Keadaan rumah kami yang kecil, jadi saya tidak mampu sediakan bilik berasingan antara anak lelaki dan perempuan. Soalan saya adakah boleh anak lelaki dan perempuan saya tidur sebilik tetapi berasingan tempat tidur? 

Cerita Neraka Dari Al-Quran Dan Al-Hadith 

Perkataan "النار" apabila diterjemahkan kepada Bahasa Melayu adalah bermaksud api. Manakala dari sudut istilahnya ialah tempat tinggal mereka yang kufur serta dimurkai oleh Allah SWT. Inilah beberapa gambaran neraka yang terdapat dalam al-Quran dan al-Hadis.

Sa’id bin Zaid, Sahabat Yang Dijanji Syurga oleh Rasulullah SAW

Sa'id merupakan salah satu dari sepuluh orang yang mendapat khabar gembira bakal masuk syurga. Dia memegang teguh janjinya kepada Rasulullah untuk memerangi kaum musyrikin di negeri Parsi, sehingga melalui tangannya dan juga tangan sahabat-sahabatnya, Allah SWT pun memadamkan api yang menjadi sembahan kaum Majusi; dan berkat perjuangannya juga para penduduk Parsi beriman kepada Allah SWT.

5 Golongan Yang Tidak Dapat Mencium Bau Syurga 

Syurga adalah nikmat kurniaan Allah untuk hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Syurga adalah kurniaan Allah terhadap golongan yang memelihara akidah, syariah dan akhlak dengan sebaiknya. Namun begitu, terdapat golongan yang dinafikan untuk menikmati syurga apatah lagi mendapat baunya. Di sini dihuraikan contoh lima golongan yang tidak dapat menghidu bau syurga.

Blog at WordPress.com.

Up ↑