Dalam industri makanan dan minuman (F&B), strategi pemasaran kini semakin canggih. Iklan bukan lagi menjual rasa, tetapi emosi dan keinginan. Slogan seperti “you deserve this”, “heaven in every bite”, atau “indulge without guilt” disusun untuk menormalisasi hedonisme dan self-indulgence. Namun, Islam menegur dengan tegas gaya hidup melampau ini.
Etika Islam dalam Mengawal Haiwan Perosak Tanaman: Antara Kebenaran dan Rahmah
Islam menegaskan bahawa setiap makhluk hidup mempunyai nilai dan peranan dalam keseimbangan alam. Walaupun haiwan perosak boleh dibunuh apabila benar-benar membawa mudarat, tindakan itu mesti dilakukan dengan penuh rahmah dan ihsan, bukan secara semberono.
Empati: Menyulam Hati dengan Kasih Sayang
Empati dalam Islam bukan sekadar simpati, tetapi merasai derita orang lain seolah-olah ia menimpa diri sendiri. Rasulullah SAW bersabda: ‘Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.’ (HR Bukhari & Muslim). Empati adalah cermin iman, akhlak Rasulullah, dan jambatan untuk menyatukan hati dalam dunia moden yang semakin individualistik.
Body Tea: Bila Konten Menjadi Fitnah
Fenomena “body tea” mungkin nampak sekadar hiburan, tetapi hakikatnya ia merosakkan maruah wanita dan normalisasi budaya mempamerkan tubuh. Islam memuliakan wanita bukan kerana rupa atau bentuk badan, tetapi kerana iman, akhlak dan ilmu. Jadilah wanita solehah yang menjaga diri, kerana maruah lebih bernilai daripada “likes” dan populariti yang sementara.
Etika di Tempat Kerja: Elak Langkau Batas
Menjaga etika di tempat kerja bermula dengan komunikasi yang sopan, menghormati privasi, dan mengelak gurauan atau sentuhan yang boleh disalah tafsir. Pastikan urusan kerja dan persahabatan tidak bercampur sehingga menjejaskan objektiviti, serta rahsiakan maklumat syarikat dan rakan sekerja. Berhati-hati di media sosial dan selesaikan konflik secara berhemah. Profesionalisme dan rasa hormat inilah yang mengekalkan suasana kerja yang selamat, produktif, dan harmoni.
8 Cara Atasi “Monday Blues” untuk Minggu yang Lebih Ceria
Rasai semangat baharu setiap Isnin dengan langkah mudah atasi "Monday Blues". Dapatkan rehat mencukupi, rancang tugas lebih awal, dan mulakan pagi dengan rutin sihat supaya minggu anda bermula penuh tenaga dan motivasi.
Hukum Mengecas Kenderaan Elektrik Di Pejabat
Apakah hukum pekerja mengecas kereta elektrik di pejabat? Adakah hukumnya sama dengan mengecas telefon dan komputer riba untuk kerja?
Jadilah Orang Baik yang Baik
Dalam kehidupan yang singkat ini, setiap manusia sering mencari erti kebaikan. Ramai yang ingin dikenali sebagai “orang baik”, tetapi hakikatnya, tidak semua “orang baik” itu benar-benar menjadi “orang baik yang baik”. Perbezaannya mungkin halus, tetapi sangat besar kesannya.
Buli Siber: Luka Jiwa di Alam Maya
Buli siber bukan gurauan. 3 daripada 10 remaja Malaysia pernah mengalaminya, dengan kesan hingga kemurungan dan cubaan bunuh diri. Sebagai Muslim, jangan sesekali kita gunakan pancaindera yang dikurnia Allah SWT untuk menyakitkan, sama ada di alam nyata atau di alam maya. Gunakanlah untuk menyebarkan kebaikan, bukan untuk melukakan.
Hukum Beli Emas Pakai Dulu, Bayar Kemudian
Ada beberapa kedai emas yang menawarkan pembelian barang kemas secara pakai dulu, bayar kemudian secara ansuran. Adakah hukum perkara ini?
Benarkah Hanya Kawasan Utama Masjid Sahaja Yang Tidak Dibenarkan Wanita Haid Untuk Duduk?
Ada pendapat yang menyatakan bahawa kawasan yang tidak dibenarkan untuk wanita dalam keadaan haid duduk hanyalah kawasan utama masjid, manakala kawasan seperti beranda pula dibenarkan. Apakah penjelasan mengenai perkara ini?
Akupuntur Dalam Perspektif Islam Dan Etika Perubatan Di Malaysia
Baru-baru ini ada tular isu berkenaan bahawa akupuntur merupakan satu rawatan yang kebarangkalian menggunakan sihir. Mohon pencerahan berkenaan isu ini.
Kenali Masjid Jamek Batu Arang
Di tengah-tengah pekan kecil Batu Arang, Selangor – sebuah tempat yang suatu ketika dahulu menjadi pusat perlombongan arang batu terbesar di Tanah Melayu – berdirilah Masjid Jamek Batu Arang. Dibina pada tahun 1970-an dengan konsep seni bina Melayu tradisional, masjid ini bukan sahaja menjadi pusat ibadah, tetapi juga penanda sejarah bagi komuniti Muslim setempat.
Kes HFMD Meningkat 266% di Malaysia: Bagaimana Ibu Bapa Boleh Lindungi Anak di Rumah
HFMD sering memuncak selepas cuaca panas dan lembap, terutamanya sekitar Mac–April. Virus mudah merebak di tempat sesak seperti taska dan tadika, dan boleh hidup lama pada tangan, mainan, serta permukaan. Selepas penjarakan sosial Covid berakhir, lebih ramai kanak-kanak kini terdedah. Bagaimana kita boleh melindungi keluarga daripada penyakit yang sangat mudah berjangkit ini?
Membatalkan Niat Setelah Berniat Umrah dan Natijahnya
Seorang jemaah berniat umrah di dalam penerbangan lalu membatalkannya, kemudian melakukan beberapa larangan umrah. Persoalan timbul sama ada pembatalan niat sah dan adakah dam wajib dibayar.
Hukum Menggali Semula Jenazah Yang Telah Dikebumikan Untuk Tujuan Post-Mortem
Pada asasnya, hukum asal menggali semula kubur untuk mengeluarkan jenazah daripadanya adalah haram. Hal ini kerana perbuatan tersebut dianggap sebagai mencemarkan kehormatan si mati. Namun, apakah hukum menggali semula jenazah yang telah dikebumikan untuk tujuan pengesahan oleh pihak berkuasa melalui post-mortem mayat?
Etika Pengamal Perubatan Menurut Maqasid Al-Syariah
Keyakinan terhadap kepakaran doktor, jururawat tempatan dan kualiti rawatan bertaraf antarabangsa kini menjadi pilihan utama bagi masyarakat setempat serta pelancong antarabangsa. Di sebalik pencapaian yang membanggakan ini, aspek etika dalam amalan perubatan tidak boleh diketepikan. Kemajuan bidang perubatan perlu berjalan seiring dengan pemeliharaan nilai dan prinsip syarak. Di sinilah peranan Maqasid Syariah menjadi panduan penting dalam membentuk etika pengamal perubatan.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Ukhuwah Dihayati, Perpaduan Diberkati
Perpaduan juga merupakan fitrah manusia kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain. Firman Allah di dalam surah al-Hujurat ayat 10 bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
Mengislahkan Kecelaruan Aplikasi Muwājahah Silmiyyah (Menentang Secara Aman) Terhadap Pemimpin
Umat Islam perlu memahami adab dan batas syarak dalam menasihati pemimpin. Jihad rakyat yang sebenar hari ini bukan dengan kekerasan, tetapi melalui dialog, wacana ilmiah dan nasihat yang berhikmah.
Hukum Perbuatan Berbangga Menyentuh Dan Mempamerkan Anjing Di Media Sosial
Apakah hukum seseorang yang sengaja memegang anjing dan berbangga dengan perbuatan tersebut hingga mempamerkannya di media sosial?