Di zaman Rasulullah SAW, emas dijadikan sebagai mata wang dalam menggerakkan aktiviti ekonomi. Oleh sebab keistimewaan emas sebagai lambang kekayaan dan mempunyai nilai tersendiri, maka Islam mewajibkan zakat ke atasnya. Kewajipan ini betujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, membuktikan tanda kesyukuran dan keimanan kepada-Nya, seterusnya dapat mensucikan hati dengan sifat pemurah dan dalam masa yang sama mengikis sikap bakhil yang kadang kala merantai diri manusia.