Keberkatan bukan sekadar membawa makna mencukupi sahaja, tetapi keberkatan itu juga membawa makna bertambahnya ketaatan kepada Allah SWT dalam setiap keadaan yang ada, baik dalam keadaan senang atau sebaliknya. Barakah itu menambah taatmu kepada Allah SWT.
CATATAN PENCINTA KOPI – Menghitung Berkat Allah SWT
Mentaliti mangsa atau victim mentality semakin menyerlah di zaman ini apabila apa sahaja yang berlaku di dalam kehidupan, mangsanya itu adalah diri kita. Apabila kehidupan dilanda halangan, serta-merta kita melihat diri sebagai mangsa, pantas berkongsi duka lara di media sosial supaya ramai insan yang sudi untuk memujuk dan berpihak kepada diri kita, sedangkan sebagai seorang mukmin itu kita perlu menghitung berkat dan rahmat Allah SWT yang tidak kunjung putus dalam kehidupan kita berbanding derita.