Di zaman datuk nenek kita dahulu, wanita hanya duduk di rumah menunggu keluarga lelaki masuk meminang. Apabila wanita sudah ramai masuk universiti dan menyumbang kepada ekonomi, pemikiran lebih moden, lantas lebih selesa mencari pasangan sendiri dan tidak lagi ingin bergantung kepada padanan keluarga. Sekarang, lain pula trendnya. Golongan muda zaman ini lebih proaktif dengan mengiklankan diri dengan tag @TwtJodohMy di platform Twitter untuk mencari calon suami dan isteri.