Ketika dilamun cinta, pasangan merasakan dunia ini mereka yang punya. Bila bersama, segalanya sempurna, bahagia dan akan kekal selamanya. Cinta memberi kesan fatamorgana kepada ramai manusia yang menyebabkan kaki tidak berpijak di bumi yang nyata. Walaupun seringnya cinta membawa kepada perkahwinan, namun apabila masalah datang bertalu-talu ke dalam rumahtangga, adakah cinta sahaja mampu bertahan? Mampukah cinta kekal selamanya?
Qabil & Habil – Kisah Cinta Yang Membawa Kepada Pembunuhan
Adam AS mahukan kedua anak lelakinya menikahi dua wanita berbeza (dan bukan kembar masing-masing). Seorang daripada mereka (Qabil) mendambakan calon isteri seorang yang lain (Habil). Dia bertegas, “Tidak, aku mahukan dia (kembarnya sendiri).