Antara amalan orang soleh dalam memohon dipermudahkan beroleh rezeki dari Allah SWT.
16 Adab Berdoa
Doa adalah memohon kepada Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan. Pelajari 16 adab-adab berdoa.
Doa-Doa Yang Boleh Diamalkan Ramadan Ini: Doa Pilihan Terindah Daripada Al-Quran & Hadis Nabi SAW
Ramadan adalah bulan istimewa yang membuka peluang kepada semua muslimin dan muslimat untuk memperoleh keberkatan dan memperbanyakkan doa. Setiap amalan kebaikan dijanjikan ganjaran yang berlipat ganda, dan doa yang dipanjatkan lebih dekat untuk dimakbulkan. Perbanyakkanlah doa dan zikir di bulan yang mulia ini.
Doa Sabar Dalam Menghadapi Dugaan
Doa-doa pendek tetapi padat bagi melapangkan dada dan bersabar menghadapi liku-liku ujian kehidupan.
Bolehkah Kita Beriktikad Bahawa Doa Boleh Mengubah Takdir Allah SWT?
Doa adalah suatu arahan dan tuntutan kepada seseorang hamba untuk melakukannya. Takdir Allah SWT pula mempunyai ketetapan yang ditulis dalam lohmahfuz. Jadi bolehkah kita beriktikad bahawa doa boleh mengubah takdir Allah SWT?
Advice from Imam Ibn al-Qayyim رحمه الله
Do not carry the worries of this life because this is for Allah. And do not carry the worries of sustenance because it is from Allah. But, carry one thing...
#MONDAYMOTIVATION – Pray for the Wrongdoers, but Know This…
Instead of vilifying wrongdoers, pray for them. But realise that we are not free from wrongdoing as well. Shaykh Yahya Rhodus shares this important reminder.
Doa Memohon Keampunan & Kesejahteraan
Sesungguhnya manusia itu memerlukan pertolongan Allah SWT di setiap detik dalam hidupnya.
Doa Memohon Zuriat Yang Baik
Doa ini ialah doa yang telah dipanjat kepada Allah SWT oleh Nabi Zakaria AS yang meminta Allah SWT mengurniakan beliau zuriat keturunan. Walaupun umur beliau sudah begitu lanjut dan isterinya pula mandul, Nabi Zakaria AS tidak pernah putus-putus bergantung harap dan berdoa kepada-Nya. Dan akhirnya Allah SWT membawa berita gembira apabila Nabi Zakaria AS dikurniakan Nabi Yahya AS, seorang yang soleh dan bertaqwa kepada Allah SWT.
5 Penyebab Doa Tidak Terkabul
Ketika Ibrahim bin Adham, seorang ulama Salaf terkenal berada di Basrah, Iraq, beberapa orang penduduknya datang bertanya kepadanya kerana beliau dikenali sebagai orang soleh. Kata mereka, Allah SWT telah berfirman dalam Surah Ghafir (40: 60) yang bermaksud “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu…” Namun, kami telah berdoa tetapi kami tidak terlihat hasilnya, kami tidak melihat doa kami dikabulkan oleh-Nya. Dia menjawab, “Itu kerana hatimu mati”. Allah SWT hanya menyeru orang yang hidup. Ini lima penyebab doa seseorang tidak terkabul menurut Ibrahim bin Adham.
Jangan Letih Berdoa
Umar b. al-Khattab (RA) berkata: "Aku tidak gusar sama ada doa aku akan diterima, tetapi aku risau sama ada aku boleh berdoa atau tidak. Jadi, jika aku telah dibimbing (oleh Allah SWT) untuk berdoa, jadi (aku tahu) bahawa ianya (doa) akan dijawab."
Daily Sunnah – Doa Mustajab di Hari Jumaat
Waktu yang mustajab untuk berdoa pada hari Jumaat adalah selepas asar sehinggalah terbenamnya matahari. Rujukan: Waktu Mustahab Pada Hari Jumaat
Daily Sunnah – Seek Refuge in Allah from Laziness
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”[HR Riwayat Anas bin Malik, Sahih Al-Bukhari 6369]
Doa Ketika Ditimpa Kesulitan
Amalkan doa ini sebagai zikir pagi dan petang, semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah SWT.
Doa Memulakan Hari di Waktu Pagi
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa “Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rezki yang baik, dan amal yang diterima.” (HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah) Antara doa yang diamalkan setiap hari oleh Rasullullah SAW.
Doa Keluar Rumah
بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah "Dengan nama Allah aku bertawakal (berserah diri) kepada Allah, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah." (HR. Tirmidzi dari Anas bin Malik).