Gencatan senjata telah menyaksikan hampir 2 juta penduduk Palestin sudah mula bergerak ke utara Gaza, pulang ke kediaman mereka yang sudah musnah dibedil rejim Zionis. Sesungguhnya mereka perlukan bantuan dan sokongan untuk bangkit semula meneruskan kehidupan, sedang ia tawaran besar daripada Allah SWT buat kita semua. Malu kita di hadapan Allah apabila saudara-saudara kita dizalimi sedemikian rupa tanpa kita dapat melakukan apa-apa. Diulit keamanan dan keselesaan usahlah kita lupa pada saudara kita di sana. Kerana sesungguhnya kita punya tanggungjawab untuk membantu dan membela saudara seagama. Tuntutan ukhuwah Islamiah tidak pernah mengenal batas-batas negara dan bangsa.
ASMAUL HUSNA – AL-JAAMI (Yang Maha Mengumpul)
Asma ul-Husna yang ke-87 ialah Al-Jaami ( الجامع) yang bererti: Tuhan Yang Maha Menghimpunkan, berkuasa menghimpunkan manusia di dunia dan di akhirat kelak.
ASMAUL HUSNA – AL-MUQSITH (Yang Maha Mengadili)
Asmaul-Husna yang ke-86 ialah Al-Muqsith yang bererti Tuhan yang bersifat Maha Adil. Tidak mungkin Allah SWT bersifat zalim dan berat sebelah, kerana Dia telah mengharamkan sifat zalim itu ke atas Zat-Nya yang Maha Agung. Bersikap adil bukan sahaja terhadap kawan tetapi juga terhadap lawan. Asas keadilan ialah kepatuhan terhadap Allah SWT.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Judi Dijauhi, Hidup Diberkati
Sebagai umat Islam, kita perlu memahami besarnya kesan negatif yang dibawa hasil aktiviti perjudian ini, serta bagaimana ia boleh membawa seseorang menempah tiket ke neraka. Judi, dalam apa bentuk sekalipun, merupakan salah satu dosa besar dalam Islam.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Tuntutan Mengimarah Rumah Allah
Masjid adalah syiar umat Islam yang perlu dibangunkan di setiap penempatan komuniti umat Islam. Di situlah mereka bertemu, bersatu dan berjemaah mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT, yang tiada bagi-Nya sekutu. Nilai yang lebih besar dan matlamat yang lebih penting untuk kita bangunkan bersama masjid yang telah terbina indah ialah tuntutan untuk mengimarahkan masjid sebagai rumah Allah. Inilah hak rumah Allah yang perlu kita jayakan bersama.
Menghadapi Ujian Tidak Dikurniakan Zuriat
Jika sesetengah pasangan ditakdirkan oleh Allah SWT tidak mempunyai zuriat, bagaimanakah caranya untuk mereka memperoleh doa daripada anak yang soleh setelah meninggal dunia kelak? Siapakah yang akan menunggu di pintu syurga jika di dunia tidak dikurniakan anak?
Hukum Makmum Terputus Daripada Mendengar Suara Imam Ketika Sedang Solat
Jika kita terputus daripada mendengar suara imam ketika sedang solat berjemaah, apakah yang perlu dilakukan? Jika itu solat Jumaat dan makmum memilih untuk mufaraqah, adakah perlu diganti dengan solat Zohor dengan ditambah dua rakaat atau bagaimana?
ASMAUL HUSNA – AL-TAUWAB (Yang Maha Menerima Taubat)
Sifat Allah SWT yang Maha Menerima Taubat itu sememangnya sangat baik untuk dicontohi oleh manusia sebagai hamba-Nya. Kalau orang meminta maaf di atas kesalahan yang telah dilakukan kepada kita, maka permohonan maaf itu mestilah diterima dan dimaafkan segala kesalahannya.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Imam Mahdi: Antara Kebenaran Dan Penyelewengan
Kita perlu mengenal pasti perbezaan antara tanda-tanda yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dengan pengakuan palsu dan karut individu atau kelompok tertentu berhubung dakwaan Imam Mahdi sehingga sanggup membuat takwilan yang tidak berasas dengan mengaitkannya dengan bangsa Melayu serta mentakwilkan hadis sesuka hati untuk menyokong dakwaan yang dikeluarkan, walaupun ianya jelas menyeleweng dari tafsiran muktabar dalam kalangan ulama.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Berbicara Penuh Hikmah, Budayakan Kalimah Tayyibah
Budayakan kalimah tayyibah dalam berbicara dan berinteraksi secara lisan atau tulisan. Kita rindukan kehidupan bermasyarakat yang penuh kasih sayang, saling menghormati dan menjalin keharmonian. Hindari perkataan-perkataan yang buruk dan tercela yang bercanggah dengan identiti umat ini. Kembalikan keindahan budi pekerti yang dianjurkan Islam.
Memelihara Aib Pasangan Suami Isteri Setelah Bercerai
Baru-baru ini, tular kisah perceraian pasangan selebriti yang mana ia telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif kepada masyarakat apabila aib pasangan tersebut diwar-warkan secara terbuka. Demikian itu, pihak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan tampil untuk memberikan penjelasan hukum berhubung isu ini.
Hukum Nafkah Pasangan Yang Berniaga Berkongsi Keuntungan
Keuntungan berniaga untuk bayar rumah, bil, barang dapur dan lain-lain keperluan. Selebihnya kami bahagikan sama rata. Jadi perlukah lagi saya memberikan nafkah duit kepada isteri? Saya rasa terbeban, sebab nak buat simpanan sendiri lagi dan nak hulurkan kepada ibu bapa di kampung. Wajibkah lagi saya memberi nafkah wang kepada isteri?Jika isteri tidak reda macam mana?
Bentengi Iman dengan Lima Kekuatan
Iman itu selepas diusahakan mencari dan menyuburkannya, wajib pula kita mengawal dan membentengi ia daripada serangan musuh-musuh yang merosakkan iman. Tanpa pagar ataupun benteng yang kukuh, pasti iman terancam oleh musuh, iaitu nafsu dan syaitan.