Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Membezakan Nilai, Memilih Kebenaran

Dunia moden telah mengubah wajah fitnah. Jika dahulu fitnah datang melalui pedang dan kuasa, hari ini ia datang melalui skrin dan suara. Sekali petik jari, berita palsu boleh menjelma sebagai kebenaran. Sekali perkongsian, dosa boleh berantai tanpa kita sedar. Krisis yang paling besar hari ini bukanlah semata krisis ekonomi atau dunia, tetapi krisis akidah dan kehilangan kompas kebenaran.

Turunnya Fitnah, Bagaikan Turunnya Air Hujan

Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW telah naik ke salah satu bangunan yang tinggi di Madinah, lalu bersabda: “Apakah kamu melihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat berlakunya berbagai fitnah di sekitar rumahmu bagaikan tempat turunnya air hujan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kerisauan Melanggar Lafaz Taklik Kepada Isteri 

Suami isteri PJJ, isteri anggap suami curang selepas tahu suami tonton video wanita seksi sambil onani. Isteri tuntut cerai dan minta suami lafaz taklik — jika ulang perbuatan itu, jatuh talak. Suami lafaz tiga kali dengan maksud sama dalam keadaan terkejut dan bingung.

Mendengar Khutbah dengan Tulus: Etika dan Adab di Hari Jumaat

Khutbah Jumaat bukan sekadar perkataan di mimbar, ia adalah saat untuk kita menyambung jiwa dengan nasihat Ilahi, dan menambah keimanan kita. berkata-kata atau melakukan perkara sia-sia (“laghâ”) ketika imam atau khatib sedang berkhutbah adalah perbuatan makruh kuat, malah boleh menyebabkan solat Jumaat kita kehilangan pahala keutamaan.

Pertanyaan Berkenaan Rawatan Talqin Dzikir 

Terdapat sebuah pusat rawatan Islam yang menawarkan rawatan Talqin Dzikir dengan bayaran tertentu. Dalam penerangan yang diberikan, dinyatakan bahawa melalui rawatan ini seseorang akan “terhubung dengan Allah 24 jam melalui roh yang berdzikir.” Persoalan timbul sama ada dakwaan seumpama ini bertepatan dengan ajaran Islam dan tidak menyeleweng daripada akidah. 

Semakin Ramai Wanita Tidak Berkahwin: Antara Pilihan, Takdir dan Persepsi Masyarakat

Fenomena semakin ramai wanita tidak berkahwin bukan sekadar soal pilihan peribadi, tetapi cerminan perubahan sosial dan ekonomi masa kini. Di sebalik angka dan persepsi masyarakat, ada kisah tentang takdir, kekuatan diri, dan makna bahagia yang lebih luas daripada sekadar berpasangan. Sudah tiba masanya masyarakat berhenti menilai, dan belajar meraikan setiap perjalanan hidup dengan empati dan hikmah.

Teks Khutbah Jumaat (JAKIM):  Rezeki Halal, Hidup Berkat 

Islam menuntut setiap umatnya bekerja bersungguh-sungguh dan memastikan rezeki yang diperoleh datang daripada sumber yang halal. Rezeki yang halal merupakan punca ketenangan hati dan keberkatan hidup, manakala pendapatan yang diperoleh dengan cara menipu, cuai atau menyalahgunakan kuasa akan menghapuskan keberkatan dan mengundang kemurkaan Allah SWT. 

Krisis Jiwa Remaja: Bila Rasa Sunyi Jadi Bahaya

Di sebalik senyuman dan kandungan media sosial yang ceria, ramai remaja sebenarnya bergelut dengan rasa sunyi yang mendalam. Dunia mereka penuh tekanan dan tanpa sokongan emosi yang tulen, rasa kosong itu boleh bertukar menjadi tindakan di luar jangkaan. Krisis jiwa remaja menjadi tanda kepada kita yang gagal mendengar.

Tukar 6 Habit Makan Kepada Cara Lebih Sihat

Dalam kesibukan hidup, ramai antara kita tidak sedar bahawa tabiat makan harian memberi kesan besar kepada tenaga, tumpuan, dan ibadah. Mengubah cara makan bukan soal diet semata-mata, tetapi usaha menjaga nikmat kesihatan yang dikurniakan. Berikut 6 tabiat makan yang boleh ditukar untuk hidup lebih sihat mudah, praktikal, dan berpaksikan kesederhanaan.

Oversharing: Bila Luahan Menjadi Dosa

Dalam dunia digital hari ini, setiap individu memiliki “pentas” sendiri. Dengan menulis di skrin, seseorang mampu berkongsi apa sahaja, dari rasa hati sehinggakan ke urusan rumah tangga. Namun, dalam kebebasan yang kononnya memberi suara serta ruang untuk meluah, tersembunyi bahaya yang cukup besar: terbukanya aib dan tercalarnya maruah diri serta keluarga.

Bahaya Fitnah Digital

Dalam dunia hari ini, hanya dengan menggunakan jari di skrin, tulisan boleh menjadi senjata yang melukakan. Satu komen atau tuduhan mampu menjatuhkan maruah seseorang tanpa kita sedar. Islam menegaskan bahawa menjaga maruah seseorang adalah amanah besar, dan dalam dunia digital ini, ia menuntut lebih daripada sekadar berhati-hati, ia menuntut kesedaran iman.

Blog at WordPress.com.

Up ↑