Sebagai orang Islam, kita perlu tahu bahawa Hari Jumaat merupakan hari agung yang dilimpahi banyak kelebihan, keistimewaan dan kemuliaan berbanding hari-hari yang lain. Jumaat diibaratkan seperti penghulu segala hari, dan umat Islam, lelaki dan wanita digalakkan untuk mengambil berat dan cuba melakukan perkara-perkara sunnah apabila tibanya hari Jumaat untuk memperoleh kebesaran hari tersebut dan keberkatan Allah SWT. Mymuslimin.com menyenaraikan 5 perkara sunnah dilakukan pada hari Jumaat. Mari kita sama-sama mengamalkan untuk Jumaat yang lebih bermakna.