Hidup di zaman ini, masyarakat kita sering terdedah kepada nilai-nilai Barat yang bertentangan dengan apa yang dianjurkan Islam. Karakter yang berjaya sering ditonjolkan mempunyai sifat tidak boleh kalah, tidak mengalah, tidak berkompromi, pantas bertindak, bekerja sepanjang masa, pandai berdebat dan tiada sifat lemah-lembut. Lemah-lembut dilihat sebagai satu kelemahan kepada seseorang. Sebaliknya, Islam lebih mementingkan kelembutan kerana kelembutan mencerminkan jiwa yang tenang dan seorang yang berhati-hati dalam membuat keputusan dan melayari kehidupan.