Teks Khutbah Jumaat: Kestabilan Emosi Menjamin Hidup Berkualiti

Hidup kita tidak terlepas daripada ujian Allah SWT. Setiap dugaan yang datang adalah untuk meningkatkan darjat dan martabat manusia di sisi-Nya. Sesiapa yang berjaya mengharungi ujian kehidupan dengan penuh reda dan sabar sudah pasti akan mendapat ganjaran syurga-Nya. Maka kita perlu membuat persediaan mental dan fizikal untuk menelusuri kehidupan kita di dunia.

Memecahkan Stigma Masyarakat Terhadap Kesihatan Mental

Stigma masyarakat terhadap isu kesihatan mental ini agak merunsingkan. Ini kerana sesetengah daripada mereka menganggap masalah kesihatan mental ini sesuatu yang negatif yang boleh menyebabkan individu yang menghidapinya semakin tertekan dan berasa malu untuk meluahkan dan mendapatkan rawatan awal daripada pakar. Memecahkan stigma amatlah penting dalam mencegah sebarang bentuk kecederaan fizikal dan bunuh diri di kalangan penghidap penyakit mental.

Blog at WordPress.com.

Up ↑