3 Prinsip Kewangan Mudah Untuk Diamalkan

Bebanan hutang, tanggungjawab kewangan, dan bil untuk dibayar setiap bulan, terutama bagi mereka yang menetap di kota, boleh menyebabkan kemurungan dan kebimbangan yang berterusan. Dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ditambah dengan ramalan kewangan tahun hadapan yang tidak memberangsangkan, kita perlu mula mengubah cara hidup dan mengubah sikap tentang cara kita berbelanja dan mengurus kewangan.  

Kisah Duit & Kewangan Keluarga – Bukan Mudah Untuk Dibawa Berbincang

Kewangan atau lebih tepat masalah kekurangan wang adalah antara masalah paling besar dalam kebanyakan rumahtangga. Punca utama yang menyumbang kepada parahnya masalah ini ialah kerana topik ini sensitif dan kurang dibincangkan secara terbuka. Ramai pasangan yang lebih rela sapu masalah kewangan keluarga di bawah karpet dan berpura-pura seolah-olah semuanya baik-baik sahaja. Mymuslimin menyenaraikan perkara yang jangan dibuat agar masalah kewangan tidak menjadi penyebab rosaknya perkahwinan.

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑