Kopi menjadi peneman pagi. Peneman mesyuarat maya, peneman angan-anganku, pengisi perut yang masih cuba berpuasa selang, detik kopi itu dihirup, pengalaman indah itu membuatkan aku mengingati Allah SWT, betapa diberikan-Nya sehari lagi untuk bernafas, untuk merasai segala nikmat yang Dia kurniakan kepadaku.