Terkadang apabila kita melakukan pelbagai jenis amalan sama ada diketahui oleh orang lain atau tersembunyi, hati kecil kita seakan diulit bangga dan mula merasakan diri kita ini lebih wara', lebih alim dan lebih baik berbanding orang lain. Bagaimanakah caranya untuk menghindari perasaan ini agar ianya tidak merebak dan berpotensi untuk merosakkan amalan kita?
Teks Khutbah (JAKIM): Negara Diberkati, Nikmat Disyukuri
Kestabilan dan kemakmuran yang dicapai dalam negara hari ini merupakan anugerah yang tidak terhingga dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Seharusnya kita bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat dan anugerah kurniaanNya ini. Dengan bersyukur, Allah SWT menjamin untuk menambah lagi nikmat-Nya manakala bagi yang kufur, Allah SWT memberi peringatan dan ancaman azab seksa-Nya yang keras.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Meraih Syafaat, Menagih Selamat Di Akhirat
Kita beriman bahawa hidup di dunia ini ialah persinggahan sementara sebelum kita menuju kehidupan abadi di akhirat nanti. Maka, segala perlakuan kita di dunia akan menjadi penentu kepada kehidupan di akhirat. Tiada sesiapa dapat membantu insan lain dan menebus kesalahannya. Umat Islam yang berfahaman Ahli Sunnah wal Jamaah mengimani tentang adanya syafaat di hari akhirat. Lalu bagaimanakah caranya untuk kita melayakkan diri untuk mendapat syafaat di akhirat nanti?
Pahala Bagi Mereka Yang Tidak Lancar Membaca Al-Quran
Adakah betul ada hadis mengenai sesiapa yang membaca al-Quran atau iqra dalam keadaan lancar mendapat satu pahala, tetapi bagi yang membacanya dengan pelat atau tidak lancar mendapat seperti sebutan pelat pada huruf Ra mendapat dua pahala.
Hukum Makmum Terputus Daripada Mendengar Suara Imam Ketika Sedang Solat
Jika kita terputus daripada mendengar suara imam ketika sedang solat berjemaah, apakah yang perlu dilakukan? Jika itu solat Jumaat dan makmum memilih untuk mufaraqah, adakah perlu diganti dengan solat Zohor dengan ditambah dua rakaat atau bagaimana?
Mendahulukan Aqiqah atau Qurban?
Saya ada kemusykilan tentang hukum aqiqah pada usia dewasa. Mana yang perlu didahulukan, aqiqah untuk diri sendiri atau qurban?
ASMAUL HUSNA – AL-MUNTAQIM (Yang Maha Menghukum)
Di antara sifat Allah SWT ialah Al-Muntaqim iaitu yang Murka atau yang Menuntut Balas. Inilah suatu sifat yang memberi ingatan kepada manusia bahawa Allah SWT tidak akan membiarkan kejahatan tanpa balasan. Kecuali apabila mereka bertaubat nasuha dan diterima oleh Allah SWT.
7 Manfaat Membahagiakan Orang Lain dalam Islam
Membahagiakan orang lain adalah perbuatan baik yang sangat digalakkan dalam Islam. Selain daripada memenuhi tanggungjawab dan keperluan untuk diri sendiri dan keluarga, muslim juga perlu menjalankan tanggungjawab untuk membahagiakan orang-orang lain di sekeliling kehidupan kita.
Berselawat Pada Hari Jumaat Sebanyak 80 Kali Dihapuskan Dosa Selama 80 Tahun?
Apakah status hadis selawat nabi 80 kali setiap hari Jumaat dihapus dosanya 80 tahun?
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Jangan Lalai
Takutlah kepada Allah SWT dan ketahuilah bahawa kita semua telah melalui dua alam yang fana dan nanti akan menuju pula ke alam yang kekal abadi. Kehidupan di dunia ini hakikatnya tiada satu pun yang bernilai di sisi Allah SWT. Ia hanyalah ibarat hiburan dan permainan. Justeru, janganlah lalai!
ASMAUL HUSNA – AL-TAUWAB (Yang Maha Menerima Taubat)
Sifat Allah SWT yang Maha Menerima Taubat itu sememangnya sangat baik untuk dicontohi oleh manusia sebagai hamba-Nya. Kalau orang meminta maaf di atas kesalahan yang telah dilakukan kepada kita, maka permohonan maaf itu mestilah diterima dan dimaafkan segala kesalahannya.
Hukum Menggantungkan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Di Rumah
Apakah hukum menggantung ayat suci al-Quran di dalam rumah? Jika kalimah tersebut digantung di bahagian dinding belakang tv kemudian kaki kita dihalakan ke arahnya ketika berbaring, adakah ia dikira sebagai tidak beradab?
8 Kesan Buruk Hasad Dengki
Hasad dengki ini ialah perasaan buruk yang wujud di dalam hati manusia kerana rasa permusuhan dan kebencian. Dia tidak merasa bahawa berbaik-baik sesama manusia dan sayang-menyayang dengan saudara seislam adalah keperluan bagi kekuatan ummah. Orang-orang ini tidak gemar untuk menyumbang kebajikan kepada orang lain ataupun mendengar kebahagiaan yang dimiliki oleh saudaranya (seislam).
Bahaya Hasad Dengki dan Ciri-Ciri Orang yang Berhasad
Orang yang hasad mempunyai tiga ciri. Muhasabah diri dan pastikan kita bukan termasuk dalam mereka yang penuh dengan hasad.
7 Kehebatan Berlapar!
Tempat terbitnya kesemua penyakit ialah perut. Oleh itu, baginda Rasulullah SAW mengutamakan untuk berlapar. Berlapar mempunyai faedah yang banyak dan kesemua faedah tersebut dapat disimpulkan kepada 7 perkara.
Apakah Hukum Berniat Untuk Bunuh Diri / Mati?
Adakah hukum sering berfikir untuk membunuh diri atau memohon kepada Allah SWT supaya ditarik nyawa lebih awal demi menyelesaikan masalah overthinking yang berlebihan dan kegelisahan yang melampau terhadap nasib masa hadapan?
Sifat Maskulin Yang Semakin Terhakis: Isu dan Penyebab Utama
Konsep maskuliniti atau kejantanan ini sering dilihat sebagai common sense yang tidak perlu dibincangkan tetapi generasi zaman ini memerlukan bimbingan untuk menjadi maskulin dalam kehidupan. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?
Kerohanian Adalah Jati Diri Makhluk Manusia
Di zaman pascamoden ini kelihatannya cukup ramai manusia yang tidak kenal siapa sebenarnya diri mereka. Justeru, mereka berlagak dan bertingkah laku dengan cara yang menggambarkan bahawa mereka sebenarnya menentang dan bertarung dengan tabii diri mereka sendiri. Persoalan utama ini perlu diselesaikan dengan berpandukan kepada pernyataan Allah SWT sebagai Pencipta yang Maha Mengetahui segala sesuatu berkait dengan tabii ciptaan-Nya yang paling sempurna ini.
Doa Sabar Dalam Menghadapi Dugaan
Doa-doa pendek tetapi padat bagi melapangkan dada dan bersabar menghadapi liku-liku ujian kehidupan.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Bayarlah Kepada Amil Yang Dilantik Di Selangor
Ketaatan kepada Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah suatu yang telah diputuskan dalam Islam dan ia termasuk urusan kutipan zakat. Walaupun ketaatan kepada Ulil Amri ini tuntutan syarak, masih lagi terdapat kes ejen yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri tertentu telah mengutip zakat di negeri Selangor, iaitu di luar kawasan yang diperuntukkan. Cuba kita bayangkan, zakat yang dibayar kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ini, yang disangka sah rupa-rupanya tidak sah dan kewajipan berzakat masih lagi belum tertunai.