Edaran MODENAS selaku pengedar baharu motosikal jenama Kawasaki baru-baru ini secara rasmi mengumumkan kemunculan semula jenama Kawasaki di Malaysia menerusi pengenalan tiga model - Ninja 250, Ninja 250 ABS dan Z250 ABS. Kesemua model MODENAS ini boleh didapati di semua wakil pengedar sah Kawasaki bermula 1 Ogos ini.