Walau pada hakikatnya, mereka yang tinggal di kawasan bandar dikelilingi dengan anugerah sains dan teknologi, ada detik di dalam hidup mereka, di mana mereka berfikir dan merasakan yang kesemua peralatan elektronik yang memenuhi kehidupan mereka adalah tidak bermakna. Apabila adanya sesuatu yang mendidih dan menggelegak di dalam jiwa mereka, manusia akan mencari penyelesaian segera kepada masalah tersebut. Tatkala manusia berada di dalam situasi terdesak, jiwa akan mencari Tuhan, falsafah atau teknik kawalan minda untuk membebaskan mereka daripada keadaan teruk dan menyedihkan yang mereka alami. Oleh kerana ramai yang tidak mengetahui cara dan kaedah untuk menenangkan hati, minda, dan jiwa sendiri, mereka akan mencari bantuan daripada ahli yang pakar. Dan di sinilah mereka akan jatuh dalam perangkap mereka yang kononnya pakar.