Reviu Nasi Lemak Wanjo mampu membelah masyarakat kepada dua golongan; yang suka dan sebaliknya. Sambal manisnya menggeramkan ramai orang tetapi tegak berdirinya Wanjo selama lebih setengah dekad membuktikan bahawa resepi mereka menepati selera warga kota yang sering menyantuni restoran ini.