Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru Kekal Utuh

Oleh: mymuslimin.com

Beberapa minggu yang lalu tercetusnya ‘perang’ di Twitter tentang Nasi Lemak Wanjo. Reviu Nasi Lemak Wanjo mampu membelah masyarakat kepada dua golongan; yang suka dan sebaliknya. Sambal manisnya menggeramkan ramai orang yang tidak menggemari sambal nasi lemak ‘bergula’ tetapi tegak berdirinya Wanjo selama lebih setengah dekad membuktikan bahawa resepi Nasi Lemak Wanjo ini menepati selera warga kota yang sering menyantuni restoran ini, baik di hari biasa apatah lagi di hujung minggu.   

Ada dua barisan, satu untuk yang beli bungkus, dan satu lagi untuk makan di restoran.

Bermula daripada penjualan secara kecil-kecilan pada tahun 1967, Nasi Lemak Wanjo kini mempunyai restoran besar yang boleh menempatkan ratusan pelanggan pada satu-satu masa. Restoran yang terletak di Kampung Baru ini menyediakan beraneka pilihan lauk kepada hidangan nasi lemaknya yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong luar negara. 

Kami suka dengan nasi lemaknya yang peroi, nasinya tidak melekat-lekat, butiran nasinya sebiji-sebiji. Memang sambal di Wanjo sedikit manis, tetapi ianya tidak menjadi masalah apabila dipadankan dengan lauk tambahan lain seperti rendang, sambal kerang, atau apa saja yang dipilih pelanggan. Mana mungkin orang Malaysia makan nasi lemak tidak berlauk kecuali nasi lemak bungkus!

Rambang mata memilih lauk-pauk yang ada.

Maka pilihlah sama ada ayam goreng, sambal kerang, paru goreng, tempe goreng, sambal sotong, rendang daging, telur extra dan sebagainya untuk melengkapkan nasi lemak anda. Telur rebus diberi sebiji dan anda boleh minta tukar ke telur goreng tanpa caj tambahan. 

Nasi lemak limpa berempah.

Krew Wanjo laju melayan pelanggan, pastikan anda membuat keputusan yang pantas apabila sudah sampai giliran. Setiap restoran nasi lemak ada resepi istimewa masing-masing dan akhirnya, pelanggan yang akan menentukan samada ianya kekal lama atau luput ditelan masa. 

Nasi Lemak Wanjo Kg Baru
8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Buka Setiap Hari: 6 pagi – 1 tengahari

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: