Namanya sahaja sudah membuka selera. Belum sampai lagi sudah terbayang-bayang udang galah yang gemuk-gemuk segar sebagai lauk utama. Restoran ini terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan, berdekatan dengan menara condong yang boleh dikunjungi untuk bergambar selepas menjamu selera. Walaupun namanya Restoran Udang Galah, jangan khuatir kerana terdapat beraneka lauk lain yang boleh dipilih selain daripada udang galah atau sebagai lauk tambahan kepada hidangan udang galah.