Aduhai, dah pergi banyak interview ni, satu pun tak sangkut. Sijil ada, keputusan boleh tahan, nak kata muka toye, tak juga, saya rasa saya comel je, jadi kenapa ye? Saya dah penat berusaha, tapi kenapa tak dapat kerja juga? Inilah masalah utama graduan apabila melangkah ke dunia pekerjaan. Jika dilihat dari sudut sijil dan keputusan, rata-rata yang datang temuduga berada di tahap yang sama. Jadi bagaimana anda sebagai seorang calon hendak menyerlah berbanding yang lain?