Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Oleh kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku mengingati kamu.” (Al-Baqarah 2:152)
Doa Penenang Hati
Hati yang hidup ialah hati yang sentiasa bersih dan suci daripada perbuatan noda dan dosa. Didiklah hati dengan sifat mahmudah seperti ikhlas, rendah diri, dan zuhud agar hawa nafsu dapat dijinakkan dan dikawal dengan baik. Rawatlah hati dengan zikrullah agar dijauhi penyakit-penyakit hati yang memudharatkan jiwa.