Baginda SAW mengingatkan manusia bahawa hati menentukan kebaikan dan kejahatan. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati”. (Hadis Riwayat Bukhari dari Nu’man bin Basyir).
Hati yang hidup ialah hati yang sentiasa bersih dan suci daripada perbuatan noda dan dosa. Didiklah hati dengan sifat mahmudah seperti ikhlas, rendah diri, dan zuhud agar hawa nafsu dapat dijinakkan dan dikawal dengan baik.
Rawatlah hati dengan zikrullah agar dijauhi penyakit-penyakit hati yang memudharatkan jiwa.
Leave a Reply