Qadha Di Antara Makhluk

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bertanya: "Tahukah kamu orang yang bangkrap?" "Ya Rasulullah, orang yang bangkrap adalah orang yang tidak lagi mempunyai wang dan harta," jawab kami. "(Bukan itu). Orang bangkrap dari umatku adalah orang yang pada hari kiamat membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun dia ini adalah orang yang suka mencaci, menuduh keji kepada orang lain, memakan harta orang lain dan menumpahkan darah. Oleh kerana itu, pahala kebaikan-kebaikannya diberikan kepada si anu, si anu, dan si anu. Akan tetapi, pahala kebaikannya habis sebelum tertebus semua kejahatannya, sampai-sampai ganjaran kejahatan orang lain dibebankan kepadanya, lalu ia dilemparkan ke dalam neraka."

8 Cara Membesarkan Anak Lelaki Menjadi Lelaki Sejati

Nasihat ini ditujukan kepada para bapa yang mahu anak lelaki mereka membesar menjadi lelaki sejati. Adalah menjadi harapan saya agar apabila satu generasi mengamalkan cara didikan yang baik, ia dapat memperbaiki kecenderungan lelaki yang tidak matang serta melahirkan generasi lelaki sejati yang baharu. Berikut adalah beberapa cara untuk membesarkan anak lelaki menjadi lelaki sejati.

Blog at WordPress.com.

Up ↑