Cara Takbir Aidilfitri

Ayuh kita sama-sama memeriahkan malam dan pagi Hari Raya Aidilfitri dengan memperbanyakkan bacaan Takbir Raya bersama-sama insan tersayang dan saudara seagama. Lelaki dan perempuan boleh sama-sama bertakbir, mengagungkan kebesaran Allah SWT.

Barang Yang Sama

Saya dan kakak saya masing-masing ada beli minuman jenama dan perisa sama. Kami simpan di peti ais yang sama. Pada asalnya, saya letak air saya dengan posisi yang berbeza supaya mudah dibezakan. Tetapi, minuman kami telah dialihkan sehingga tidak tahu mana satu saya punya. Bila berlaku situasi seperti ini, boleh tak saya ambil mana-mana daripada minuman itu?

Kedudukan Hadis Berkaitan Hak Terhadap Anak

Dalam hadis diriwayatkan Abu al-Hasan RA: Suatu hari, seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Wahai Rasulullah, apakah hak anakku daripadaku?” Baginda menjawab: “Engkau memperelokkan nama dan pendidikannya, kemudian engkau tempatkannya di tempat yang baik.” Adakah hadis ini sahih?

Jaga Kesucian Ramadan Dan Syawal

Umat Islam diingatkan agar sentiasa menjaga kesucian Ramadan dan Syawal daripada dicemari oleh hiburan yang menimbulkan kontroversi dan reaksi kurang senang masyarakat Islam di Malaysia. Meskipun berada di ambang Syawal dan perayaan Aidilfitri, kesucian bulan Ramadan tetap perlu dijaga bahkan umat Islam ditekankan untuk terus beribadah dan mengejar kebaikan di fasa akhir bulan ini.

Adab Berhari Raya Dan Kesilapannya

Umat Islam di Malaysia akan menyambut kedatangan 1 Syawal tidak lama lagi, insyaAllah. Dalam kita teruja untuk merayakan Aidilfitri, pastikan kita jelas tentang hukum-hukum dan larangan yang perlu dititikberatkan agar kita semua mendapat keberkatan Allah SWT di hari bahagia ini.  Kami kongsikan tulisan Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri tentang Adab Hari Raya dan kesilapannya. 

Peringatan Al-Quran

Klik untuk membaca tafsir ringkas Surah at-Takaathur 102: 1-8 yang memberi peringatan tentang kepertanggungjawaban amal perbuatan dan harta benda manusia di dunia.

Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Nasihat Akhir Ramadan

Sepuluh malam terakhir ini juga disebutkan terdapatnya malam al-qadr (malam yang memiliki kelebihan dan kebaikan yang melebihi 1000 bulan). Berusahalah mendapatkannya dengan beriktikaf di masjid, qiamullail, membaca al-Quran, bersedekah dan amalan-amalan lainnya kerana belum tentu lagi kita dapat bertemu dengan Ramadan akan datang.

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Kemuliaan Malam Al-Qadr

Pada 10 malam terakhir Ramadhan, terdapat keberkatan yang tidak terhingga. Salah satu malam terpenting yang harus kita manfaatkan adalah pada malam Lailatul Qadr, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Di saat-saat yang sangat istimewa ini, marilah kita sama-sama merenungi nikmat yang terkandung di dalamnya.

Doa Selepas Solat Fardhu

Antara salah satu waktu terbaik untuk berdoa kepada Allah SWT ialah selepas menunaikan solat fardhu. Seboleh-bolehnya kita perlu meluangkan masa untuk muhasabah, merenung dan melafazkan keperluan kita di hadapan Allah SWT. Para sahabat meriwayatkan banyak kejadian di mana Nabi menggalakkan dan menawarkan sahabatnya doa untuk dipanjatkan selepas solat.

Blog at WordPress.com.

Up ↑