Kalau ke London, jangan lupa singgah Regent’s Park — taman indah yang diilhamkan pada 1811 oleh John Nash untuk Putera Mahkota, United Kingdom. Hari ini ia jadi tempat warga kota beriadah, berjoging, berkelah atau sekadar lari sekejap dari hiruk-pikuk bandar.
LENSA MYMUSLIMIN: Taman Tasik Biru, Kundang
Di tengah-tengah Kundang, Selangor, terletaknya satu tarikan alam yang cantiknya sukar untuk digambarkan dengan kata-kata — Taman Tasik Biru.
Lensa MyMuslimin: Taman Tasik Titiwangsa – Dari Lombong ke Oasis Kota
Di tengah kesibukan Kuala Lumpur, wujud sebuah ruang hijau yang menjadi nadi ketenangan ramai, Taman Tasik Titiwangsa. Namun, tidak ramai tahu bahawa taman ikonik ini mempunyai sejarah yang panjang dan menarik.
LENSA MYMUSLIMIN: Satu Pagi Di Taman Jaya
Taman Jaya ialah destinasi riadah yang popular dalam kalangan penduduk Petaling Jaya. Terletak berhampiran Stesen LRT Taman Jaya, taman ini menawarkan suasana yang tenang dan dikelilingi oleh pelbagai jenis pokok serta sebuah tasik yang indah.
LENSA MYMUSLIMIN: Satu Pagi Di Taman Merdeka, Johor Bahru
Taman Merdeka Johor Bahru terletak di Jalan Datin Halimah dan telah dibuka pada tahun 2011 sebagai sebuah taman rekreasi komuniti.
LENSA MYMUSLIMIN: Solat Sunat Aidil Adha Di Masjid Negara, Kuala Lumpur
Tim mymuslimin sempat merakamkan suasana indah solat sunat Aidil Adha di Masjid Negara, Kuala Lumpur pagi ini.
LENSA MYMUSLIMIN: Satu Pagi Di Pantai Kelanang
Seronok melihat anak-anak dan keluarga beriadah bersama pada pagi yang indah di Pantai Kelanang yang terletak di Kuala Langat, bersebelahan dengan Pantai Morib.
LENSA MYMUSLIMIN: Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Taman Tasik Ampang Hilir sentiasa menjadi tumpuan warga kota untuk aktiviti riadah bersama keluarga. Persekitaran di sini sangat indah dan menenangkan.
LENSA HAJI 1444H/2023M
Lebih daripada 1.8 juta umat Islam telah dikurniakan keizinan Allah untuk mengerjakan Ibadah Haji pada tahun ini. Alhamdulillah. Antara duyufurrahman ini adalah sahabat mymuslimin, Haji Johan Ishak yang sempat merakamkan perjalanan beliau dalam menuju keredaan dan keampunan Allah SWT.
LENSA MYMUSLIMIN: Taman Bandaran Kelana Jaya, Petaling Jaya
Taman Bandaran Kelana Jaya merupakan taman yang terbesar dan sangat dikenali di Petaling Jaya. Terdapat 7 tasik di taman ini dan ianya merupakan salah satu tempat yang popular dengan kepelbagaian trek joging di sekeliling tasik.
LENSA MYMUSLIMIN – Sungai Kesang, Melaka
Sungai ini telah tular di media sosial tatkala musim PKP 2020. Keindahan warna airnya yang hijau kebiruan telah menggamit ramai pengunjung untuk bergambar di sungai ini.
LENSA MYMUSLIMIN – Perjalanan Umrah ke Madinah & Mekah
Jemput lihat gambar-gambar yang sempat dirakam mymuslimin ketika kembara Umrah musim sejuk baru-baru ini. Kami di mymuslimin mendoakan agar kita semua dijemput Allah SWT untuk menjadi tetamunya ke tanah haram Mekah al-Mukarramah dan kota Rasulullah SAW Madinah Al-Munawwarah. Amin.
LENSA MYMUSLIMIN – Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur
Di tengah-tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur, Taman Botani Perdana seumpama sebuah sanktuari untuk warga kota menghirup udara segar dengan pemandangan penuh kehijauan yang amat menenangkan.
LENSA MYMUSLIMIN – Masjid Seribu Selawat @ Masjid Terapung @ Masjid Al-Badr, Pulau Pangkor
Kali ini Lensa Mymuslimin singgah ke Masjid Al-Badr atau dikenali sebagai Masjid Terapung atau Masjid Seribu Selawat yang terletak di Kampung Teluk Bharu, Pulau Pangkor, Perak. Masjid ini dibina di atas air laut dan masjid ini merupakan masjid terapung pertama yang dibina di Perak. Dinding-dinding masjid ini dipenuhi dengan ukiran 1,000 selawat di bahagian dalam mahupun di luar masjid. Masjid yang mampu memuatkan seramai 1,500 orang dalam satu masa ini telah dirasmikan pada 8 Jun 2017.
LENSA MYMUSLIMIN – Masjid Seribu Doa @ Masjid Al-Khairiah, Pulau Pangkor
Kali ini Lensa Mymuslimin merakamkan keindahan Masjid Al-Khairiah atau dikenali sebagai Masjid Seribu Doa yang terletak di Pulau Pangkor. Masjid ini dibina di kawasan yang dihuni penduduk cina, lantas masjid ini dihias bermotifkan oriental, mengambil merah sebagai warna utama. Setiap sudut yang dilihat di masjid ini terdapat seribu doa yang diambil daripada ayat-ayat suci Al-Quran, hadis Rasulullah SAW dan juga doa daripada ulama muktabar. Asmaul Husna di tiang masjid ini pula ditulis dalam kaligrafi cina yang ringkas tetapi sangat menarik.
LENSA MYMUSLIMIN – Entopia by Penang Butterfly Farm
Kali ini Lensa MyMuslimin merakamkan flora dan fauna di Entopia, Pulau Pinang, yang dahulunya dikenali sebagai Taman Rama-Rama Pulau Pinang. Entopia lahir daripada gabungan dua perkataan, Entomologi dan Utopia. Entomologi merupakan penyelidikan serangga manakala Utopia pula ialah sebuah konsep rekaan yang menggambarkan suatu dunia khayalan ibarat berada di syurga. Saksikan keindahan Entopia, Subhanallah.
LENSA MYMUSLIMIN – Cameron Highlands
LENSA MYMUSLIMIN merakamkan gambar-gambar kebun teh yang menghijau di Cameron Highlands sejauh mata memandang juga bunga-bunga yang mekar di tanah subur ini. Subhanallah.
LENSA MYMUSLIMIN – Omar Suleiman Live in Kuala Lumpur (23-24 July 2022)
Imam Omar Suleiman, Founder and President of Yaqeen Institute, is in Kuala Lumpur for a 2-day seminar event, "My Lord is with Me: The Du'as of Musa" (23 July 2022) and "When Life Hits Hard: The Lessons of Happiness and Sadness in the Qur'an" (24 July 2022).