Di tengah-tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur, Taman Botani Perdana seumpama sebuah sanktuari untuk warga kota menghirup udara segar dengan pemandangan penuh kehijauan yang amat menenangkan.
Dulunya dikenali sebagai Taman Tasik Perdana, taman ini meliputi kawasan melebihi 70 hektar dan telah diasaskan pada 1888. Ya, lebih dari 130 tahun yang lalu!
Asalnya sebuah taman rekreasi, Taman Botani Perdana kini telah dinaik taraf sebagai taman botani yang berfungsi lebih kepada penyelidikan, pemuliharaan dan kelestarian tumbuhan.
Taman Botani Perdana dibahagikan kepada 9 zon utama yang merangkumi kawasan pokok hutan, kawasan pokok buah-buahan, kawasan konservatori, laman perdana, rumah permainan buluh serta taman-taman tema khas iaitu Taman Herba dan Rempah-ratus, Taman Haruman dan Laman Pengantin, Taman Rusa, Taman Etnobotani, Taman Orkid dan Taman Bunga Raya.
Menerokai Taman Botani Perdana, pengunjung akan kagum dengan kepelbagaian flora yang merangkumi segala-galanya daripada tumbuh-tumbuhan berbunga berwarna-warni ke tumbuhan renek, pokok eksotik tempatan serta luar negara.

























Sumber: Wikipedia, Majalah Sains
Leave a Reply