“Kalau seksa neraka boleh dilihat dengan mata, masjid 16 tingkat pun takkan muat untuk jemaah tunaikan solat”
Kata-Kata Mutiara – Imam Al-Ghazali
”Belum pernah aku berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit daripada jiwaku sendiri, yang kadang-kadang membantuku, dan kadang-kadang menentangku.”
Kata-Kata Mutiara – Almarhum Tuan Guru Ismail Kamus
“Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan. Sama macam manusia, nak kata Islam pun bukan, bukan Islam pun bukan. Waktu nikah Islam, mati pun ikut Islam. Tapi, masa hidup tak nak ikut Islam” - Almarhum Tuan Guru Ismail Kamus
Muslimin, Tunaikan 10 Hak Untuk Meninggalkan Dunia dengan Selamat – Wasiat Imam Syafi’i
"Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan 10 perkara berikut. Pertama, hak diri, iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap, dan berpada-pada dengan rezeki yang ada." -- Imam Syafi'i
Kata-Kata Mutiara – Almarhum Tuan Guru Ismail Kamus
“Dibimbangi maksiat kita membuatkan Allah murka kepada kita, walaupun maksiat itu kecil. Bimbang kita tak sempat bertaubat” — Almarhum Tuan Guru Ismail Kamus
Kata Mutiara – Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz
“Enjin motokar juga hidup, tetapi bukan dengan cara makan nasi dan rumput. Ia ‘makan’ (menggunakan) petrol. Jam tangan di rumah kita pula, ia tidak makan nasi, rumput ataupun petrol tetapi hidup melalui tenaga bateri. Oleh kerana manusia itu tersusun daripada roh dan jisim. Selain makan nasi, dia juga kena ‘makan’ Al-Quran. Makan nasi dan dicampur... Continue Reading →
Kata Mutiara – Almarhum Tuan Guru Ismail Kamus
"Berbuatlah amal biarpun ia kecil, moga-moga amal yang kecil itulah yang mendatangkan redha Allah."