” Belum pernah aku berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit daripada jiwaku sendiri, yang kadang-kadang membantuku, dan kadang-kadang menentangku.”
Penawar kepada jiwa ialah hanya dengan mengingati Allah SWT kerana dengan mengingati kebesaran Allah yang Maha Agung, kita sedar bahawa kita ini hambaNya yang tiada apa-apa, yang fakir, yang memerlukan Dia setiap masa, yang bergantung harap hanya kepada Dia yang Esa. Lantas, perlahan-lahan sifat-sifat cela seperti meninggi diri, sombong dengki, riak, buruk sangka, sukakan perhatian orang akan lenyap dari diri, dan jiwa akan mudah untuk kembali tunduk dan patuh kepada perintahNya.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Radu ayat 28 yang bermaksud:
“Hanya dengan mengingati Allah hati-hati menjadi tenang tenteram.”
Leave a Reply