Waktu yang mustajab untuk berdoa pada hari Jumaat adalah selepas asar sehinggalah terbenamnya matahari. Rujukan: Waktu Mustahab Pada Hari Jumaat
Doa Dipermudahkan Urusan
Doa ini ialah doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim (as) semasa baginda akan dicampak ke dalam api dan telah dibaca oleh Rasulullah SAW juga ketika mengumpulkan pasukan untuk berperang semasa Perang Badar. Dengan mengamalkan doa ini, kita memohon agar Allah SWT memudahkan segala urusan kita dan memberikan kita ketenangan ketika kita dilanda keresahan supaya kita boleh menguruskan tugas kita dengan baik.
Daily Sunnah – Don’t Harm People
Jagalah lidah, jari dan tangan kita, jangan sampai kita menyakiti orang lain, dalam sedar atau tidak.
Doa Ketika Melihat Cermin
Bukan wanita sahaja yang suka tengok cermin, lelaki pun perlu tengok cermin. Bacalah doa ini untuk kebaikan diri kita sendiri. Insya Allah.
Daily Sunnah – Check Your Income Sources
Diriwayatkan Abu Huraira, Rasulullah (saw) bersabda yang maksudnya: “Akan datang kepada manusia suatu masa, iaitu; seseorang tidak lagi peduli dari mana dia mendapatkan harta, apakah dari jalan halal atau haram.” (HR Al-Bukhari : 2059)
8 Perkara Perlu Elak Untuk Hindari Maksiat Lidah – Imam Ghazali
Imam Al-Ghazali berpesan agar kita menjaga diri daripada bahaya lidah dengan tidak melakukan 8 perkara. Walaupun lidah merupakan anggota kecil yang Allah ciptakan di dalam mulut manusia, apabila ia disalahguna, ia akan memudharatkan manusia. Allah menciptakan lidah supaya kita zikrullah sebanyak-banyaknya, membaca Al-Quran dengan penuh tartil, menggunakannya untuk nasihat menasihati agar kita semua menuju ke jalan yang diredhai Allah SWT.
Daily Sunnah – Let’s Give Sadaqa
Sadaqa or sedekah is not only about giving money and food. Each good we do is sadaqa. Each good work, good gesture, good assistance, all sadaqa. Let's widen the understanding and start giving sadaqa today!
Hukum Janggut Di Sisi Mazhab Empat
Tanpa membahaskan tentang memotong janggut yang lebih dari kadar segenggam atau membiarkannya panjang, para ulama sepakat mengatakan menyimpan janggut adalah sunnah dan diperintah oleh syarak. (Kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah). Dapatkan hadith-hadith yang menjadi sumber dan panduan berkenaan hukum janggut.
Daily Sunnah – Seek Refuge in Allah from Laziness
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”[HR Riwayat Anas bin Malik, Sahih Al-Bukhari 6369]
Kata-Kata Mutiara – Imam Al-Ghazali
”Belum pernah aku berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit daripada jiwaku sendiri, yang kadang-kadang membantuku, dan kadang-kadang menentangku.”
Daily Sunnah – Luruskan Niat
Niat sangat penting dalam menentukan tujuan setiap amalan. Niat yang tidak lurus ditakuti akan menghidupkan sifat riak, ujub dan sifat-sifat dicela lain. Untuk itu, kita harus berjaga-jaga dengan niat kita terhadap setiap amalan kita agar terhindar daripada sifat-sifat yang dicela tersebut. Niat juga akan menjadi penentu bagi penerimaan sesuatu amalan.
Kata-Kata Mutiara – Almarhum Tuan Guru Ismail Kamus
“Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan. Sama macam manusia, nak kata Islam pun bukan, bukan Islam pun bukan. Waktu nikah Islam, mati pun ikut Islam. Tapi, masa hidup tak nak ikut Islam” - Almarhum Tuan Guru Ismail Kamus
Doa Dilancarkan Lisan
Berucap di khalayak tidak mudah bagi ramai orang. Mintalah pertolongan Allah SWT dengan doa ini. Insya Allah dipermudahkan urusan.
Daily Sunnah – Be Kind to Kids
It's sunnah to be kind and treat children with love and respect. Rasulullah SAW has shown us how to treat children kindly on many occasions. This process is essential to create trusting relationships, open communications, and validation for the children, so they can grow up to be healthy, confident and respectful human beings.
Muslimin, Tunaikan 10 Hak Untuk Meninggalkan Dunia dengan Selamat – Wasiat Imam Syafi’i
"Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan 10 perkara berikut. Pertama, hak diri, iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap, dan berpada-pada dengan rezeki yang ada." -- Imam Syafi'i
Solat…Walau di Mana Kamu Berada
Sebuah laman Instagram @placesyoullpray, memaparkan gambar-gambar menarik umat Islam mendirikan solat tak kira di mana juga mereka berada. Allahu Akbar.
Daily Sunnah – Datang Awal ke Masjid untuk Solat Jumaat dan Dapatkan Ganjarannya
Antara unta dan ayam, yang mana satu lebih berharga. Jangan sampai kita rugi kerana kecuaian kita mengatur prioriti. Bersegeralah kita ke masjid pada hari Jumaat.
Zikir Jumaat Imam Ghazali
Hiasilah Jumaat kita dengan zikrullah dan selawat ke atas Rasulullah SAW. Insya Allah.
Niat Solat Tak Masuk Juga – Antara Yakin dan Waswas
Apakah yang dimaksudkan dengan niat? Bagaimana kita hendak hilangkan perasaan waswas? Dengarkan apa kata Almarhum Ustaz Dato’ Ismail Kamus ini.
Doa Selepas Membaca Al-Quran
Bacalah doa ini setiap kali kita selesai membaca ayat-ayat suci Al-Quran, mahupun beberapa potong ayat. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati kehidupan kita semua dengan ilmu Al-Quran dan fadhilatnya. Insya Allah.