Berdesing telinga selepas menghirup kuah asam pedas di Mimpi Mour ini! Walaupun pedasnya lebih sedikit berbanding di gerai asam pedas di Muar sendiri, kita hirup sampai licin. Alhamdulillah, asam pedas di sini memuaskan hati dengan ikannya yang segar dan rasa asam pedasnya yang perisa!
Roti Canai Cecah Kari Ikan Siakap Mantap di Restoran Faizal, Melaka!
Selalunya, roti canai dipadankan dengan kuah dhal, kari dan sambal tetapi ada satu restoran di Melaka yang memberi sentuhan istimewa kepada kuah cecah roti canainya dengan menawarkan beraneka kari sedap tak-boleh-bawa-bincang.