Solat Hajat dan Doa di Masjid dan Surau di Seluruh Wilayah Persekutuan Untuk Kesejahteraan Malaysia

Berdasarkan perkembangan terkini musibah banjir yang melanda negara JAWI menyarankan agar semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menganjurkan solat Hajat selepas solat Maghrib pada 22 Disember 2022 (Khamis) dan selepas solat Jumaat 23 Disember 2022 bagi memohon perlindungan Allah SWT dan keselamatan untuk negara Malaysia dari sebarang musibah.

Hujan Yang Turun – Rahmat atau Azab?

Kita di Malaysia ini dikurniakan dengan taburan hujan yang banyak sepanjang tahun. Hujan yang diturunkan ini kadangkalanya ialah rahmat dari yang Maha Esa dan ada kalanya sebagai peringatan kepada kita tentang dosa yang telah kita lakukan. Sebagai orang Islam, kita dituntut untuk berdoa ketika hujan turun agar kita dirahmati oleh-Nya dan dijauhi daripada segala bahaya dan bencana.

Blog at WordPress.com.

Up ↑