Orang yang mampu merahsiakan perbuatan dan menderma atau bersedekah itu adalah orang yang berjaya mengawal keikhlasan hati.
Hati Yang Subur Menggamit Hidayah
Hati mempunyai dua penasihat iaitu, akal dan nafsu. Apabila akal menjadi penasihat, maka hati pun baik. Apabila nafsu menjadi penasihat, maka raja dalam diri manusia itu pun menjadi jahat.