Sesungguhnya orang yang tidak yakin sepenuhnya terhadap akhirat, agak susah hendak memberhentikan dirinya dari syahwat dunia dan mengalih perhatian dari kegilaan dan keseronokannya kerana ia tidak rela untuk menjual keseronokan yang ada di hadapan matanya untuk membeli kelazatan akhirat yang diraguinya.
Bahaya Keseronokan Hidup Ke Atas Akhlak (Bahagian I) – Almarhum Dr. Yusof Al-Qaradhawi
Perkara yang paling merbahaya ke atas akhlak manusia ialah keseronokan dan tipu daya dunia berbentuk perempuan, anak-anak, emas dan perak, kuda tunggangan yang istimewa, binatang ternakan dan tanam-tanaman. Terlalu kasihkan dunia adalah punca segala dosa, berlumba-lumba merebutnya adalah sebab segala bencana.