Di zaman ini, jangan kata anak-anak remaja, nenek dan datuk pun ada akaun Facebook dan Instagram, malahan juga segelintir TikTok! WhatsApp pula dijadikan pusat bersosial, berkongsi rasa, berita, maklumat, fitnah dan sebagainya. Perlu diingat bahawa media sosial ini membuka terlalu banyak ruang untuk melakukan perkara yang dilarang oleh Islam, dan menyebabkan ramai yang terjebak dan rancak berdosa tanpa memikirkan akibatnya.
Cukup-Cukuplah Berkongsi Masalah Rumah Tangga di Media Sosial
Di zaman ini, begitu ramai pasangan yang menjadikan media sosial sebagai platform untuk berkongsi kisah dan butiran rumahtangga tanpa menimbang natijahnya kepada perhubungan dan persekitaran. Berhati-hati berkongsi, takut bencana menanti.
Teks Khutbah Jumaat: Dunia Tanpa Sempadan
Dunia masa kini menyaksikan kepesatan pembangunan dan kemajuan dalam teknologi dan maklumat sehingga menjadikan kehidupan kita hari ini sarat dengan maklumat yang tiada sempadan. Islam tidak menghalang umatnya untuk mencapai kemajuan malah sentiasa menyeru umatnya berusaha untuk mencipta kemajuan dalam setiap perkara selagi tidak melanggar batasan syariat. Namun, realiti hari ini menunjukkan kecanggihan teknologi sering disalah gunakan untuk tujuan terutama hiburan, permainan, penipuan, pergaulan bebas tanpa batasan dan pelbagai lagi perkara negatif.