Nama restoran ini tiada kiasan. Terus terang mereka memberitahu bahawa restoran ini menyediakan masakan Terengganu asli. Mana lagi nak dapat makanan Terengganu asli kalau bukan di Restoran Masakan Terengganu Asli, bukan? Bijak.
Bersarapan Nasi Dagang di Bok’s Kito @ TTDI
Bertempat di Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, restoran Bok’s Kito ini menawarkan sarapan Pantai Timur yang bervariasi dan lazat. Dibuka seawal 8 pagi Bok’s Kito menawarkan pilihan Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Mee Celop, Laksam, Nasi Boks, Roti Canai dan Nasi Lemak kepada pelanggan.