Bersarapan Nasi Dagang di Bok’s Kito @ TTDI

Kalau orang pantai timur nampak Bok’s Kito, terus akan faham restoran ini berkaitan makanan mereka. Orang pantai barat yang tidak biasa dengan dialek Kelantan kena berteka-teki sedikit sebab kita tak tahu bok itu apa maksudnya. 

Sedak Do’oh

Tapi tak mengapa, kerana yang pasti, kita kenal dan suka makanan Kelantan seperti Nasi Dagang dan Nasi Kerabu yang begitu popular. 

Bertempat di Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, restoran Bok’s Kito ini menawarkan sarapan Pantai Timur yang bervariasi dan lazat. Dibuka seawal 8 pagi Bok’s Kito menawarkan pilihan Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Mee Celop, Laksam, Nasi Boks, Roti Canai dan Nasi Lemak kepada pelanggan.  

Restoran ini berkonsepkan nasi campur di mana selepas memilih jenis nasi (dagang, kerabu, lemak, biasa), pilihlah lauk yang diingini. Nasi dagang selalunya dipadankan dengan gulai ikan tongkol, nasi kerabu dengan ikan goreng tepung atau daging goreng. Pilihlah lauk-lauk yang disediakan mengikut selera masing-masing. Jika orang pantai barat tidak pasti bagaimana hendak memadankan hidangan di sini, minta tolonglah dengan pekerjanya. InsyaAllah dibantu. 

Selain makanan pantai timur, restoran Bok’s Kito juga ada menawarkan minuman istimewa iaitu teh ais madu, teh yang ditarik sampai buihnya membuak dan melimpah! Terdapat dua jenis, teh biasa dan teh hijau. Siapa yang menggemari minuman sebegini, bolehlah mencuba!

Gambar: FB Bok’s Kito

Restoran ini dibuka dua sesi, sesi pagi dari pukul 8 pagi sehingga 3 petang dan sesi petang bermula 5 petang sehingga 10 malam. Lokasinya sederet dengan Dotty’s dan bersebelahan dengan Balai Bomba TTDI. 

Restoran Bok’s Kito TTDI

38G, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Isnin – Ahad 8 pagi –3 petang, 5 petang –10 malam

Jumaat Tutup

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: