Bagi kebanyakan orang Malaysia, sate bukan pilihan untuk sarapan pagi. Ianya berlainan bagi warga utara Johor bahagian Muar, Tangkak, Pagoh termasuk sebahagian penduduk Melaka kerana menikmati sate ketika sarapan adalah kebiasaan. Dan, salah satu restoran sate yang sohor di Muar, Johor ialah ZZ Satay Warisan yang bertempat di 13, Jalan Majidi.
Sarapan Johor Unik di Kacang Pool Haji, Johor Bahru
Hidangan Kacang Pool ini merupakan hidangan sarapan unik negeri Johor. Tetapi sejarahnya tidak bermula di negeri ini. Sebaliknya Kacang Pool merupakan makanan Timur Tengah yang dikenali sebagai Ful medames, atau Fūl.