Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Bayarlah Kepada Amil Yang Dilantik Di Selangor 

Ketaatan kepada Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah suatu yang telah diputuskan dalam Islam dan ia termasuk urusan kutipan zakat. Walaupun ketaatan kepada Ulil Amri ini tuntutan syarak, masih lagi terdapat kes ejen yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri tertentu telah mengutip zakat di negeri Selangor, iaitu di luar kawasan yang diperuntukkan. Cuba kita bayangkan, zakat yang dibayar kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ini, yang disangka sah rupa-rupanya tidak sah dan kewajipan berzakat masih lagi belum tertunai.

3 Golongan Yang Tidak Masuk Syurga

Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A telah meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiga golongan tidak masuk syurga, iaitu yang pertamanya golongan penipu, yang kedua golongan bakhil dan ketiganya ialah golongan yang suka mengungkit-ngungkit (pemberiannya).”

Blog at WordPress.com.

Up ↑