Doa Ketika Menimba Ilmu

Dalam perjalanan mencari dan menimba ilmu, kita mungkin menghadapi kesukaran, cabaran serta halangan. Halangan mental, kekurangan minat atau pelbagai jenis gangguan mungkin menghalang kita daripada meneruskan pembelajaran. Oleh itu, mohonlah pertolongan daripada Allah SWT, bersama-sama dengan niat yang betul dengan harapan usaha kita sentiasa konsisten. 

7 Langkah Praktikal Amalan Tawakul

Tawakul sering dibincangkan sebagai konsep teori. Kebanyakan orang Islam tahu bahawa kita perlu mempunyai Tawakul (bertawakal kepada Allah) tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana untuk melakukannya. Dalam artikel pendek ini, saya berharap dapat menunjukkan beberapa langkah praktikal yang akan membantu menjadikan Tawakul sebagai realiti di dalam kehidupan kita.

Apakah Hukum Memfitnah Orang Kafir? 

Kewujudan media sosial telah menjadikan fitnah berleluasa kerana ada unsur ‘baling batu sembunyi tangan'. Jelas bahawa hukum memfitnah ini ialah haram dan berdosa tetapi ramai yang tidak jelas apakah hukum ini terpakai jika fitnah dilontar ke arah yang bukan Islam. Mari kita baca penjelasan ini supaya kita jelas dan tidak terjebak ke dalam dosa fitnah yang sangat merbahaya. 

Apakah itu Taqwa?

Sayidina Ali RA berkata: “Taqwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.”

Adakah Hukum Faraid Tidak Adil?

Oleh kerana kurangnya kefahaman tentang hukum faraid, ramai yang keliru dan melabel hukum ini sebagai memihak kepada pihak lelaki. Adakah benar tuduhan ini? Dapatkan penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Apakah Hukum Doktor Lelaki Menyambut Kelahiran Bayi?

Persoalan boleh atau tidak seorang wanita bersalin disambut oleh doktor lelaki ini perlu difahami oleh semua pasangan yang baharu atau pun mereka yang masih tidak jelas mengenainya. Untuk pasangan yang masih ragu-ragu tentang hukum membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi sedangkan di hospital yang sama masih terdapat doktor perempuan, bacalah penjelasan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang isu ini. 

Memohon Keampunan Dari Allah Membuka Banyak Jalan

Ibnu Taimiyah berkata: "Apabila aku keliru dalam pemahamanku tentang sesuatu isu agama, aku segera memohon kepada Allah untuk mengampuniku seribu kali - mungkin lebih sedikit atau mungkin kurang sedikit. Kemudian Allah membuka apa yang tertutup untukku dan memberi aku kefahaman tentangnya."

Amalan Sunnah Hari Jumaat

Hari Jumaat merupakan hari yang agung disebabkan ia mempunyai banyak kelebihan, keistimewaan dan kemuliaan berbanding hari-hari yang lain. Untuk itu, kita sebagai seorang muslim sama ada lelaki atau wanita perlulah mengambil berat berkaitan perkara ini terutamanya pada hari-hari yang agung seperti hari Jumaat ini agar kita tidak mensia-siakan kebesaran hari tersebut. Daripada Abi Lubabah bin... Continue Reading →

Blog at WordPress.com.

Up ↑