Apabila seorang muslim meninggalkan puasa di bulan Ramadan, adalah menjadi kewajipan baginya untuk menggantikan puasa tersebut secepat mungkin di bulan seterusnya. Namun, apabila seseorang sedang berpuasa ganti, adakah boleh dengan sengaja dia membatalkan puasanya untuk memenuhi jemputan?
Bolehkah Digabungkan Niat Puasa Enam & Puasa Ganti Sekali?
Untuk mereka yang meninggalkan puasa di bulan Ramadan sama ada secara sengaja atau atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti haid, sakit dan sebagainya, wajib baginya untuk menggantikan puasa tersebut sesegera mungkin selepas Syawal pertama. Jadi persoalannya, jika seseorang ingin melaksanakan puasa enam di dalam bulan Syawal, bolehkah diniatkan puasa ganti juga secara serentak? Ambil tahu sebelum beramal agar mendapat pahala dan ganjaran yang sempurna, InsyaAllah.
Takbir Aidilfitri
Digalakkan untuk kita bersama-sama membaca takbir di masjid-masjid tetapi untuk yang tidak berkesempatan boleh sahaja bertakbir di rumah sendiri. Kaum lelaki dan wanita boleh membaca takbir dan memeriahkan sambutan Hari Raya dengan mengisytiharkan kebesaran Allah SWT.
Jika Hari Raya Jatuh Pada Hari Jumaat, Perlukah Disempurnakan Juga Solat Jumaat?
Jika Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat dan di waktu paginya telah disempurnakan solat sunat Aidilfitri, adakah wajib juga untuk mendirikan solat fardhu Jumaat? Dengarkan penjelasan oleh Dato Dr. Danial Zainal Abidin ini.
Adakah Memberi Duit Raya itu Sedekah atau Ada Unsur Tasyabbuh?
Di zaman dahulu, walaupun terdapatnya pemberian duit raya tetapi jumlah yang diberi tidaklah besar sehingga perlu diletakkan di dalam sarung seperti kebelakangan ini. Ada pertanyaan samada pemberian duit raya itu terdapatnya unsur tasyabbuh seumpama pemberian angpow ketika Tahun Baru Cina. Dapatkan penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang isu ini.
Adakah Tidak Perlu Qada Puasa Jika Telah Membayar Fidyah?
Islam memberi keringanan untuk berbuka kepada beberapa golongan yang tidak mampu melaksanakan ibadah puasa ini. Antaranya termasuklah orang yang sakit, bermusafir serta golongan wanita yang mengandung dan menyusukan bayi. Persoalannya ialah, adakah apabila telah membayar fidyah tidak perlu lagi menqada puasa yang tertinggal? Ikuti penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang topik ini agar semua jelas dan melaksanakan tuntutan tanpa ada keraguan.
Keutamaan Menjamu Tetamu
Dengan ketibaan Syawal, eratkan silaturrahim dan persahabatan dengan menjamu ahli keluarga, sahabat-handai dan kenalan. Semoga kita memperoleh keberkatan-Nya. Insya Allah.
Kisah Ashhabul Ukhdud – Kisah Ketaqwaan
Ikutilah kisah Ashabul Ukhdud, seorang pemuda yang teguh imannya walaupun diuji dengan getir oleh seorang raja yang zalim.
ASMAUL HUSNA – AL-MUBDI’ (Yang Maha Memulai)
Asmaul Husna yang ke-59 ialah Al-Mubdi' yang bermaksud Tuhan yang Mula-mula Mencipta Makhluk. Allah SWT mula mencipta makhluk daripada tiada kepada ada, tanpa sebarang contoh ataupun model.
Apakah Hukum Menanam Pokok Di Atas Kubur?
Ziarah kubur dituntut oleh Islam kerana ianya dapat mengingatkan manusia kepada kematian. Di Aidilfitri ini tentu sekali ramai yang akan menziarahi kubur ahli keluarga dan sanak-saudara. Kami menampilkan topik bagaimana menguruskan tumbuhan yang terdapat di atas kubur dan apa hukum menanam pokok di atas kubur, yang telah dikupas oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Kisah Syam’un Serta Keutamaan Lailatul Qadar
Ibn Abbas RA meriwayatkan, Rasulullah SAW. pernah bercerita bahawa baginda mendapat wahyu dari Allah tentang seorang lelaki Bani Israel yang berjihad di jalan Allah selama seribu bulan tanpa henti. Rasulullah SAW sangat kagum, lalu baginda berdoa: "Tuhanku, Engkau telah menjadikan umatku orang-orang yang pendek usia dan sedikit amalan."
Harta Bernilai Setelah Diinfaqkan
Sebahagian daripada harta kekayaan yang Allah kurniakan itu adalah untuk dinafkahkan bagi keperluan diri dan keluarga, untuk kebajikan jiran-jiran yang memerlukan.
Apakah Hukum Pembelian Melalui Cara ‘Buy Now Pay Later’?
Apabila tiba musim perayaan, ramai yang akan berhabisan untuk membeli barangan keperluan serta perhiasan. Sementelah, banyak penjual yang menawarkan bayaran ‘Buy Now Pay Later’ di platform atas talian. Adakah cara pembayaran ini dibenarkan Islam? Ikuti penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang topik ini.