Berdesing telinga selepas menghirup kuah asam pedas di Mimpi Mour ini! Walaupun pedasnya lebih sedikit berbanding di gerai asam pedas di Muar sendiri, kita hirup sampai licin. Alhamdulillah, asam pedas di sini memuaskan hati dengan ikannya yang segar dan rasa asam pedasnya yang perisa!
Ramen Asam Pedas Telur Mayong di Arang Cafe Melaka, Unik!
Masakan paling popular di negeri Melaka tentu sekalilah Asam Pedasnya. Ketika berada di negeri ini jangan ditanya orang tempatan di mana kedai asam pedas paling sedap, mereka akan menjawab di rumah mak masing-masing. Walaupun begitu, restoran yang menyediakan masakan asam pedas memang banyak di bandar bersejarah ini. Cuma, ada satu yang menawarkan sedikit kelainan dengan gabungan masakan à la Korea dan Melaka, Ramen Asam Pedas Telur Mayong!
Watie Corner Masak Lomak Cili Padi: Masakan Kampung Panas-Panas!
Restoran Watie Corner yang bertempat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan ini menawarkan masakan yang dimasak panas-panas dan dihidangkan dalam pinggan jenis lama untuk pelanggan merasai suasana makan di kampung pada zaman dahulu kala.