Bagi pasangan muda yang baru mendirikan rumahtangga, perjalanan kamu berdua baru sahaja bermula. 4 tip dititip untuk dipraktikkan dalam kehidupan berumahtangga, agar akhirnya membawa bahagia hingga ke syurga.
Teks Khutbah Jumaat: Kukuhkan Ikatan Perkahwinan, Elakkan Perceraian
Perkahwinan merupakan suatu ibadah dalam Islam. Ia juga merupakan satu ikatan perjanjian yang diikat oleh Allah SWT antara seorang lelaki (suami) dengan seorang perempuan (isteri). Pimpin dan bimbinglah keluarga kita ke jalan yang diredai Allah SWT agar bersama-sama mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat serta perkahwinan yang diimpikan iaitu sakinah, mawaddah dan rahmah.
Hukum Nafkah Pasangan Yang Berniaga Berkongsi Keuntungan
Keuntungan berniaga untuk bayar rumah, bil, barang dapur dan lain-lain keperluan. Selebihnya kami bahagikan sama rata. Jadi perlukah lagi saya memberikan nafkah duit kepada isteri? Saya rasa terbeban, sebab nak buat simpanan sendiri lagi dan nak hulurkan kepada ibu bapa di kampung. Wajibkah lagi saya memberi nafkah wang kepada isteri?Jika isteri tidak reda macam mana?
Umpama Telur Di Hujung Tanduk: 7 Masalah Perhubungan Yang Sukar Dipulihkan
Perkahwinan itu sebenarnya menuntut lebih daripada cinta untuk berjaya kerana apabila dua individu hidup bersama, cabaran yang dihadapi tidak sama ketika belum berumahtangga. Apabila kita merelakan individu lain ke dalam hidup kita dan berkongsi suka, duka, dan segalanya, bermacam perkara boleh berlaku yang menyebabkan kita rasa sudah tidak serasi bersama, dan akhirnya memilih untuk mencari jalan keluar, meruntuhkan perkahwinan di tengah perjalanan. Kenali 7 masalah perhubungan yang sukar dipulihkan dan elakkan diri daripada terjerumus ke dalamnya.
Melayari Perkahwinan: Cukupkah Hanya Berbekal Cinta?
Ketika dilamun cinta, pasangan merasakan dunia ini mereka yang punya. Bila bersama, segalanya sempurna, bahagia dan akan kekal selamanya. Cinta memberi kesan fatamorgana kepada ramai manusia yang menyebabkan kaki tidak berpijak di bumi yang nyata. Walaupun seringnya cinta membawa kepada perkahwinan, namun apabila masalah datang bertalu-talu ke dalam rumahtangga, adakah cinta sahaja mampu bertahan? Mampukah cinta kekal selamanya?
Mencari Sakinah Dalam Perhubungan
Untuk menghasilkan sakinah dalam perkahwinan, suami dan isteri perlulah belajar untuk memahami perbezaan dan sumbangan masing-masing dalam perhubungan. Berusahalah untuk mengenali pasangan kita dengan lebih dekat. Proses ini tidak mudah atau cepat.
Teks Khutbah Jumaat: Menyubur Mawaddah, Meraih Rahmah
Indahnya perkahwinan kerana ia merupakan anugerah Allah SWT yang membuktikan kekuasaan-Nya serta kasih sayang-Nya kepada setiap insan.
TwtJodoh – Trend Terbaharu Mencari Pasangan
Di zaman datuk nenek kita dahulu, wanita hanya duduk di rumah menunggu keluarga lelaki masuk meminang. Apabila wanita sudah ramai masuk universiti dan menyumbang kepada ekonomi, pemikiran lebih moden, lantas lebih selesa mencari pasangan sendiri dan tidak lagi ingin bergantung kepada padanan keluarga. Sekarang, lain pula trendnya. Golongan muda zaman ini lebih proaktif dengan mengiklankan diri dengan tag @TwtJodohMy di platform Twitter untuk mencari calon suami dan isteri.