Basahkan Lidah Dengan Zikrullah

Zikir merupakan amalan yang mudah dilakukan dan mengandungi pahala yang luar biasa. Di bulan Ramadan yang berkat ini di mana setiap amal kebaikan dilipatgandakan pahalanya, marilah kita berzikir untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Zikir Dan Peranannya Dalam Pembentukan Sakhsiah

Zikir adalah satu amalan yang disyariatkan dalam Islam. Ternyata bahawa amalan zikir bukan hanya sekadar ibadah, tetapi juga merupakan amalan yang boleh membersihkan dan menyucikan jiwa manusia, mendekatkan diri kepada penciptanya, membuka hijab rohani dan seterusnya mencapai ma`rifat terhadapNya.

Syaitan Penipu 

Orang-orang yang bertakwa sangat menjaga pintu masuk syaitan ke dalam diri mereka. Mereka bersikap hati-hati menjaga pintu lahir tempat masuknya syaitan, iaitu pintu maksiat.

Doa Penenang Hati

Hati yang hidup ialah hati yang sentiasa bersih dan suci daripada perbuatan noda dan dosa. Didiklah hati dengan sifat mahmudah seperti ikhlas, rendah diri, dan zuhud agar hawa nafsu dapat dijinakkan dan dikawal dengan baik. Rawatlah hati dengan zikrullah agar dijauhi penyakit-penyakit hati yang memudharatkan jiwa.

Amalan Memurahkan Rezeki

Antara amalan yang baik dan yang akan melimpahkan rezeki daripada Allah SWT ialah bersedekah, membantu orang yang memerlukan, menjauhi dosa dan beristighfar, memohon keampunan dari yang Maha Esa agar diampunkan segala dosa yang telah kita lakukan selama ini dan banyak lagi.

Zikir Pagi & Petang

Sesiapa yang mengamalkannya pada waktu pagi dan petang sebanyak 7 kali, Allah SWT mencukupkannya apa yang diperlukan dirinya daripada pekerjaan dunia dan akhirat.

Blog at WordPress.com.

Up ↑