Amalan Memurahkan Rezeki

Antara amalan yang baik dan yang akan melimpahkan rezeki daripada Allah SWT ialah bersedekah, membantu orang yang memerlukan, menjauhi dosa dan beristighfar, memohon keampunan dari yang Maha Esa agar diampunkan segala dosa yang telah kita lakukan selama ini dan banyak lagi.

MODENAS Lancar Ninja, Ninja 250 ABS, Z250 ABS

Edaran MODENAS selaku pengedar baharu motosikal jenama Kawasaki baru-baru ini secara rasmi mengumumkan kemunculan semula jenama Kawasaki di Malaysia menerusi pengenalan tiga model - Ninja 250, Ninja 250 ABS dan Z250 ABS. Kesemua model MODENAS ini boleh didapati di semua wakil pengedar sah Kawasaki bermula 1 Ogos ini.

Jumaat Yang Istimewa

Sebagai orang Islam, kita perlu tahu bahawa Hari Jumaat merupakan hari agung yang dilimpahi banyak kelebihan, keistimewaan dan kemuliaan berbanding hari-hari yang lain.  Jumaat diibaratkan seperti penghulu segala hari, dan umat Islam, lelaki dan wanita digalakkan untuk mengambil berat dan cuba melakukan perkara-perkara sunnah apabila tibanya hari Jumaat untuk memperoleh kebesaran hari tersebut dan keberkatan Allah SWT.  Mymuslimin.com menyenaraikan 5 perkara sunnah dilakukan pada hari Jumaat. Mari kita sama-sama mengamalkan untuk Jumaat yang lebih bermakna.

Doa Dipermudahkan Urusan

Doa ini ialah doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim (as) semasa baginda akan dicampak ke dalam api dan telah dibaca oleh Rasulullah SAW juga ketika mengumpulkan pasukan untuk berperang semasa Perang Badar. Dengan mengamalkan doa ini, kita memohon agar Allah SWT memudahkan segala urusan kita dan memberikan kita ketenangan ketika kita dilanda keresahan supaya kita boleh menguruskan tugas kita dengan baik.

Ohh Bakery & Cafe – Pasta & Sajian Manisan Sedap!

Kali ini mymuslimin.com menjamu selera di kafe comel yang terletak di deretan kedai di Denai Alam, Jelutong, Shah Alam. Kenapa kami memilih cafe ini? Kerana seleksi sajian manisannya yang menyelerakan dan pelbagai jenis sehingga rambang mata untuk kami membuat pilihan. Nama Ohh dipilih untuk restoran ini kerana ianya luahan rasa apabila seseorang seronok, gembira dan teruja, seperti perasaan kami apabila melihat deretan sajian manisan yang tersedia di kaunter kafe ini.

Blog at WordPress.com.

Up ↑