20 Cara-Cara Mengkhusyukkan Sembahyang 

1. Sembahyang berjemaah (yang paling afdhal ialah di masjid).

2. Menjaga makanan dan minuman supaya halal dimakan dan diminum, yang didapati daripada punca yang halal begitu juga makanan yang syubhat (yang kesamaran hukumnya seperti makanan yang dikatakan mengandungi campuran benda-benda yang haram tetapi tidak jelas. 

3. Memakan seekor semut mematikan hati 40 hari.

4. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.

5. Jangan sembahyang dengan menahan buang air besar atau air kecil dan selesaikannya terlebih dahulu atau perkemas- kan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam sembahyang.

6. Mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat atau berdoa apabila air melalui tiap-tiap anggota.

7. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan mengadap orang besar.

8. Sembahyang di awal waktu. (melainkan jika ada majlis ilmu atau majlis zikir, maka sembahyang isya’ boleh dilambatkan sehingga selesai majlis itu)

9. Pastikan supaya tidak ada gambar yang boleh meng- ganggu fikiran atau membimbangkan hati di tempat sujud. 

10. Mengingatkan mati dan kemungkinannya sembahyang itu yang terakhir sekali dalam hidupnya.

11. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.

12. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita. 

13. Memahami segala bacaan dalam sembahyang termasuk ayat-ayat Al Quran dan segala zikir.

14. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, salawat kepada Nabi, Istighfar dan bacaan-bacaan lain untuk menjauhkan gangguan syaitan.

15. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam sembahyang.

16. Memusatkan seluruh ingatan kepada sembahyang. 

17. Memanjangkan masa rukuk dan sujud.

18. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita sembahyang.

19. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

20. Hendaklah memandang ke tempat sujud.

Sumber: Amalan Harian Sepanjang Zaman (Disemak oleh Al-Ustaz Dato’ Hj. Ismail Kamus)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: