Kenali Masjid Bandar Diraja Klang

Oleh: mymuslimin.com

Masjid Bandar Diraja Klang terletak di Jalan Pasar, Klang. Lokasinya di tebing Sungai Klang membuatkan masjid ini kelihatan seperti terapung di atas air.

Asalnya tapak ini telah berdiri sebuah masjid yang lain bersaiz kecil, iaitu Masjid Klang Utara. Namun atas keperluan dan permintaan masyarakat, masjid baharu mula dibina di sini bermula pada bulan Ogos, 2003.

Perasmian masjid oleh Sultan Selangor

Masjid Bandar Diraja Klang ini akhirnya disiapkan pada 2009 dan telah dibuka secara rasminya oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 11 Disember 2009 bersempena dengan Hari Keputeraan baginda.

Dewan solat utama dengan kombinasi warna-warna lembut

Masjid ini dilengkapi kemudahan seperti dewan solat utama, pejabat, bilik kuliah, ruangan solat luar, bilik pengurusan jenazah dan bilik katering.

Dibina dengan kos keseluruhan RM24.3 juta, Masjid Bandar Diraja Klang ini mempunyai kapisiti seramai 4,000 orang jemaah dan merupakan salah satu mercu kebanggaan penduduk di sini.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: